Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita trauma jiran ketuk rumah pukul 3 pagi guna kayu

PETALING JAYA: Seorang wanita trauma apabila dinding rumahnya diketuk oleh jiran secara berkali-kali sambil meracau seorang diri pada pukul 3 pagi.

Menurut Azie dalam hantaran TikToknya, jirannya yang lebih mesra disapa sebagai ‘aunty’ itu pada mulanya mesra dan rajin bersembang bersamanya.

Namun, selepas sebulan mereka duduk di situ, ‘aunty’ tersebut lapor pada jiran-jiran lain dengan mengatakan mereka suka buat bising sehinggakan dia tidak boleh tidur pada waktu malam.

“Selepas itu, keadaan jadi semakin teruk. Kira-kira tiga minggu lepas, polis datang ke rumah kami kerana terima aduan bunyi bising daripada ‘aunty’ tersebut,” jelas Azie.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azie berkata, pada ketika itu mereka sekeluarga baru sahaja pulang dari berkhemah. Lebih menghairankan lagi, Azie sendiri tidak pasti daripada mana datangnya bunyi bising kerana tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah mereka pada malam tersebut.

“Nasib baiklah, polis tidak ambil apa-apa tindakan sebab memang kami tidak pernah buat bising.

“Tetapi, malam tadi, kami terjaga pukul tiga pagi disebabkan bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Kami ingatkan jiran sebelah kanan yang ketuk sebab tertinggal kunci.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat ‘aunty’ tadi mengetuk dinding rumah kami dengan kayu sambil meracau-racau. Katanya, lu orang mau mati, saya orang tua tak takut mati,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Azie, bunyi bising itu berlarutan sehingga waktu subuh. Tidak tahan dengan bunyi ketukan yang kuat, suami Azie bertindak menelefon pihak polis.

“Selepas subuh baru polis datang. Polis pun tak tahu nak buat apa sebab dia orang tua.

“Katanya, ‘aunty’ nak kami pindah. Masalahnya, kami tak kacau orang pun.

“Polis tu cakap, lain kali kalau dia buat lagi siram air,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 25,300 tanda suka dan 866 komen daripada warga Tiktok.

Meninjau ke ruangan komen pula, ada pengguna yang berasa risau akan kesihatan mental ‘aunty’ tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa orang tua itu mungkin nyanyuk dan sedang berhalusinasi.

“Ini perkara biasa yang berlaku kepada pesakit nyanyuk yang kesunyian dan stres. Mereka akan mula berhalusinasi.

“Mana-mana yang masih ada ibu bapa di rumah rajin-rajinlah balik, jangan tinggalkan mereka seorang diri,” kata seorang pengguna di Tiktok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sama macam kes jiran saya. Semuanya disebabkan nyanyuk dan halusinasi. Kesian bila tengok orang tua dibiarkan seorang diri macam ni,” kata seorang lagi pengguna.

 

Sumber: Kosmo, Tiktok Azie Ramly

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...