Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Urut ‘benda lain’, Lesen tidak akan disambung

Alor Setar– Lesen perniagaan mana-mana pusat refleksologi di Kedah tidak akan dapat diperbaharui jika disalah guna untuk kegiatan yang tidak bermoral.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar berkata, ini kerana terdapat laporan berlaku kegiatan yang melanggar syarat lesen termasuk penglibatan pelajar.

“Saya terima taklimat Datuk Najmi Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri) bahawa pihaknya sudah bermesyuarat dengan polis, Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan hanya meluluskan lesen pusat refleksologi yang mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika lesen urut kaki, kena betul-betul urut kaki, jangan pula urut benda lain. Ada laporan berlaku kegiatan lain di pusat refleksologi, maka serbuan dibuat pihak berkuasa dan Exco Agama ke pusat berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika pemantauan kita mendapati berlaku kegiatan selain daripada yang dilesenkan, maka lesen tidak akan diperbaharui” kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media di Wisma Darul Aman.

Sementara itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga tidak akan meluluskan mana-mana program hiburan yang tidak sesuai, termasuk yang diadakan di dalam kawasan universiti.

Kata beliau, program hiburan masih tertakluk mengikut Enakmen Kawalan Hiburan di seluruh Kedah dan perlu memohon lesen.

Terdahulu, Datuk Najmi Ahmad memaklumkan serbuan pada 17 Jun lalu dilakukan di beberapa premis refleksologi selepas disyaki melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Serbuan itu menahan pekerja asing yang tidak mempunyai pas perjalanan, manakala pengunjung pusat pula melibatkan golongan belia dan pelajar sekolah,” kata Datuk Najmi Ahmad.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...