Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kelibat wanita main loceng muncul atas katil ketika lampu tutup

Keterujaan Khalisa Inara untuk menyambut kelahiran anak ketiga sepatutnya diabadikan dengan memori dan kenangan yang indah namun sebaliknya yang berlaku kepadanya.

Mengimbau kenangan tersebut, Khalisa memberitahu dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital ketika kandungannya telah mencecah usia lapan bulan akibat berlaku pendarahan.

Meskipun sudah berpengalaman melahirkan dua orang cahaya mata, namun pendarahan itu pertama kali dialaminya membuatkan dia dan suami mengambil keputusan untuk ke hospital.

Seperti yang dijangka, Khalisa terpaksa ditahan di wad bagi memastikan kandungannya berada dalam keadaan yang baik namun tidak menyangka ada perkara lain yang membuatkan dirinya trauma sehingga ke hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Katil saya berhampiran kaunter jururawat dan ketika itu ada lapan katil. Saya ditempatkan di katil nombor tiga di sebelah kiri.

“Katil nombor satu ada ibu yang baru melahirkan cahaya matanya manakala katil sebelah kanan bernombor satu dan dua sedang menunggu waktu bersalin.

“Pada awalnya tiada apa yang pelik berlaku sehinggalah saya terlelap sebelum terjaga apabila jururawat datang untuk mengambil tekanan darah,” ceritanya.

Khalisa memberitahu dalam keadaan mamai, dia memandang sekeliling sebelum ternampak seorang wanita duduk bersila sambil menundukkan wajahnya di katil nombor empat di sebelah kanan tempatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ceritanya, dia berasa pelik apabila wanita itu kerap membunyikan loceng dibawanya namun tidak mengesyaki sesuatu yang pelik.

“Saya masih ingat, dia memakai baju yang berwarna putih dan seluar pendek berwarna hitam. Fikir saya dalam hati mungkin wanita itu baru dimasukkan ke wad ketika saya terlelap tadi.

“Ketika saya cuba lelapkan mata, saya terdengar wanita itu sedang menangis… Sayup dan mendayu bunyinya. Semasa wanita itu menangis dia tetap membunyikan loceng.

“Memang agak terganggu tetapi saya malas ingin layan dan berharap jururawat akan menegur wanita itu,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khalisa memberitahu, dia bagaimanapun yang mengharapkan agar dapat berehat tidak dapat berbuat demikian akibat tangisan wanita itu. Dia membuat keputusan bangun untuk minum air.

Sambung Khalisa, dia sempat memandang sekilas ke arah katil wanita itu dan mendapati dia tetap dalam posisi sama seperti mana mula-mula melihatya sebelum ini.

“Ketika saya cuba meneka apa sebenarnya yang berlaku terhadap wanita itu, tiba-tiba pesakit di katil nombor satu memanggil jururawat. Saya memandang ke arah jururawat yang berjalan ke arah kami sambil membuka lampu.

“Apabila saya berpaling kembali ke arah katil wanita itu, saya lihat katil itu kosong,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Khalisa bertanya kepada jururawat mengenai wanita berkenaan dan dia terkejut apabila diberitahu katil itu tiada pesakit.

“Saya terdiam seketika dan minta jururawat jangan tutup lampu. Pesakit katil sebelah kanan saya, tiba-tiba minta menukar katil, takut katanya.

“Pesakit di sebelahnya juga sudah mula menangis dan minta dipindahkan ke tempat lain. Jururawat yang bertugas pada ketika itu terdiam seperti memahami sesuatu,” katanya.

Tanpa bertanya lanjut, Khalisa berkata, jururawat itu merapatkan katil mereka sebelum mengambil kerusi serta meja kecil dan diletakkan di tengah wad untuk memerhatikan pesakit dengan jarak yang lebih dekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Khalisa sangat terhutang budi dengan jururawat itu kerana sanggup menemami pesakit ke bilik air dan memastikan semua pesakit berasa selesa.

Keesokan harinya kata Khalisa, kesemua pesakit di wad itu membuka mulut menceritakan apa yang telah mereka lihat pada malam sebelumnya.

Rupa-rupanya kesemua pesakit yang berada di wad itu sebenarnya ternampak kelibat di katil yang sama namun mendiamkan diri kerana berasa takut.

Gambar sekadar hiasan

Apabila mereka membuka cerita, ada berlainan versi. Ada yang ternampak kelibat wanita terbaring. Ada pula melihat wanita itu berada dalam posisi duduk dan menggoyangkan kepala dengan laju.

“Manakala ada pula nampak wanita itu sedang mengendong patung… tetapi satu perkara yang sama adalah mereka lihat wanita itu memegang loceng dan berasa terganggu dengan bunyi loceng itu,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Khalisa, tindakan salah seorang pesakit yang baharu bersalin memanggil jururawat mungkin telah menakutkan kelibat itu sebelum menghilangkan diri.

“Kalau dia tak panggil jururawat, mungkin sampai ke pagi kelibat itu ada di situ. Syukur tiada apa yang buruk berlaku namun kejadian itu tetap dalam memori saya sehingga ke hari ini,” katanya.

Bagi Khalisa, sehingga kini peristiwa itu masih menjadi misteri dalam hidupnya selain tertanya-tanya mungkin ada sesuatu yang menyebabkan munculnya entiti berkenaan di wad tersebut.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...