Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Rohana Jalil meninggal dunia

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus. Rohana Jalil telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.33 malam tadi.

Berita duka ini telah disahkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun kepada pihak media.

“Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi.

“Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Arwah pergi dengan tenang dan urusannya dipermudahkan,” kata Jepun kepada pihak media.

Menurut Jepun, jenazah arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.

“Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah datang ke Masjid Al-Falah, USJ9.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur,” ujar Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, keadaan arwah dilihat semakin lemah, Jepun memaklumkan arwah diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan perhatian yang lebih kepadanya.

Kebocoran usus yang dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Doktor mengatakan bahawa jantung arwah berpotensi untuk berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman yang sudah merebak, ia juga disebabkan oleh faktor usia.

Allahyarhamah Rohana berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, arwah sudah merakamkan lebih daripada 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.

Antara lagu popularnya Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.

Allahyarham Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga orang cahaya mata perempuan.

Allahyarhamah bersama anaknya, Kilafairy

Anak bongsunya, Syakila Nisha atau lebih dikenali dengan Kilafairy turut mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi malah merupakan seorang pelakon yang berbakat.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...