Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Isteri curah minyak panas pada kemaluan suami

Seorang wanita melarikan diri selepas didakwa mencurahkan minyak yang mendidih pada kemaluan suaminya. Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di New Delhi.

Mangsa, Sunil Dhakad yang berusia 32 tahun, tinggal bersama isterinya di negeri Madhya Pradesh. Suspek  bertindak sedemikian rupa kerana marah akan suaminya selepas suaminya mendapat tahu dia bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon.

Menurut laporan tersebut, pasangan itu bertengkar berhubung dakwaan hubungan sulit isterinya dan wanita berkenaan yang menjadi berang kemudian mencurahkan minyak panas yang masih mendidih pada kemaluan Dhakad ketika mangsa sedang lena tidur di dalam bilik tidur mereka.

Mangsa berkata, ada jiran yang datang lalu mengadu kepada dia bahawa isterinya bercakap dengan seorang lelaki selepas dia berangkat menuju ke pejabat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelang hari kejadian,  si suami bertindak dengan merampas telefon bimbit isterinya dan dia tidak memberikan sebarang reaksi pada ketika itu.

Bagaimanapun, kira-kira pada jam 2 pagi (waktu tempatan) ketika Dhakad sedang nyenyak tidur, Bhawna pergi ke dapur dan  membawa minyak panas lalu mencurahkannya pada kemaluan mangsa.

Orang ramai berkumpul di luar rumah mereka selepas mendengar Dhakad menjerit dan mengerang kerana menahan kesakitan.  Jiran-jiran membawa mangsa ke hospital dengan segera,  manakala pihak polis turut bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...