Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kapak dan kelar ibu sebab ditegur buat bising

Suspek yang telah menyebabkan kematian ibunya.

MUAR: Seorang anak berang selepas ditegur kerana membuat bising. Anak lelaki sanggup bertindak kejam memukul ibunya sendiri menggunakan kapak serta pisau sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temiang Utama.

Dalam kejadian  yang berlaku pada pukul 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher serta kepala di tempar kejadian.

Menurut Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz selaku Ketua Polis Daerah Muar, kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam.

Pihak polis telah menerima panggilan kira-kira pada pukul 8.20 malam mengenai kejadian pergaduhan keluarga menggunakan senjata tajam. Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa mangsa warga tempatan berusia 73 tahun terbunuh di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai adalah ibu kandung mangsa, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher. Polis turut menahan anak mangsa yang berusia 47 tahun di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Asisten Komisioner Raiz Mukhliz, pihaknya turut merampas sebilah pisau dapur serta kapak yang disyaki senjata yang
digunakan oleh mangsa dalam kejadian ini dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...