Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Buat kecoh di parkir pula, Inspektor wanita disiasat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan membabitkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis. Dia didakwa membuat kecoh sekali lagi tetapi kalini ini di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah pula.

Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor selaku Ketua Polis Daerah Brickfields berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun.

Siasatan mendapati berlakunya perselisihan faham apabila suspek ingin meletakkan kenderaan di sebelah kereta mangsa, tetapi pintu kenderaan mangsa di bahagian pemandu dan penumpang belakang terbuka.

Mangsa ada menyatakan bahawa neneknya sedang menukar lampin anak saudaranya pada ketika itu. Suspek yang tidak berpuas hati menekan hon dan tiba-tiba menjerit serta memarahi mangsa dan ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek juga turut memperlekehkan pakaian mangsa yang kelihatan seksi sambil merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Asisten Komisioner Amihizam berkata, perselisihan faham itu kemudiannya berlanjutan sehingga dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri yang turut berada disitu.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tindakan tatatertib dan kesihatan mental masih sedang dalam tindakan.

Sebelum ini, PDRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...