Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Anggota Bomba berhenti kerja untuk jaga isteri sakit

Seorang suami sanggup melepaskan kerjaya sebagai seorang anggota bomba untuk menumpukan sepenuh perhatian menjaga isterinya yang telah kudung kaki kiri kerana penyakit kencing manis kronik.

Fadzil Ahmad yang berusia 51 tahun, telah ber­khidmat selama 21 tahun di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin. Dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2016 setelah kesihatan isterinya, Fazlenyana Alias, 46, semakin lama semakin merosot.

Menurut Fadzil, penyakit kencing manis kronik yang dihidapi oleh isterinya sejak 16 tahun lalu semakin teruk sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Hal ini telah menyebabkan dua jari kaki kanan wanita tersebut dipotong pada tahun 2017.

Pada tahun 2019 pula, isteri Fadzil terpaksa menjalani satu lagi pembedahan yang menyebabkan kaki kirinya pula dipotong. Kea­daan ini menyebabkan isteri Fadzil sukar untuk bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri Fadzil tidak mampu berjalan dengan menggunakan tongkat kerana berat badannya naik selain faktor pembedahan. Jadi, Fadzil terpaksa membantu isterinya setiap kali ingin membersihkan diri.

Fadzil memberitahu lagi, kesukaran untuk bergerak dan kea­daan bilik air yang agak sempit menyebabkan Fazlenyana perlu memakai lampin dewasa 24 jam setiap hari.

Jelasnya, sebelum ini, dia dan isteri mencari pendapatan de­ngan berniaga di kedai makan milik ibu mentuanya, namun mereka terpaksa berhenti dua tahun lalu apabila kos bahan mentah yang semakin naik.

Sumber pendapatan mereka sekarang adalah dengan melakukan kerja sambilan dan dengan adanya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Fazlenyana memberitahu, ada masanya mereka terpaksa mencatu makanan dan mengikat perut di­sebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan.

Adakalanya, mereka hanya makan bubur nasi, jika ada rezeki lebih. Fadzil pula akan mencari kangkung yang tumbuh meliar di tepi jalan.

Wang bantuan yang diperoleh tidak mencukupi kerana perlu membeli banyak barangan termasuk lampin pakai buang.

Ibu kepada dua anak itu berharap anak sulungnya berusia 23 tahun, yang kini menjalani latihan sebagai bomba bantuan untuk membantu keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mas Imran Adam selaku Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry berkata, pihaknya memberi bantuan ­barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Orang ramai yang ingin ­memberikan sebarang bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Fazlenyana Alias bernombor 151593118979.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...