Seorang pemuda yang mahu membuang air besar di sebuah tandas awam dekat stesen minyak tergendala apabila menemui sesuatu yang aneh di atas kepalanya.
Lelaki berkenaan ternampak beberapa bungkusan putih berupa lampin pakai buang yang sudahpun digunakan di atas kerangka besi di bahagian atas tempat simpanan tangki air.
Dia ada berkongsi swafoto dari sudut bawah bagi menampakkan pemandangan di bahagian atas kepalanya. Dia akui sangat menyesal akan sekumpulan bapa yang bersikap pengotor dengan mencampakkan lampin pakai buang di situ.
Kejadian ini telah berlaku dia stesen minyak dekat sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur.
Pada mulanya, dia menyangkakan ia merupakan angkara haiwan seperi monyet yang membawa lampin pakai buang itu ke tandas, namun sangkaan itu tidak benar sama sekali.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan segelintir bapa yang melakukan perbuatan tersebut.

Antara komen daripada netizen
Ada juga yang mempersoalkan bagaimana mereka sanggup mencampak lampin pakai buang tersebut di ruang atas berbanding membuangnya ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Sumber: mstar
