Memetik laporan daripada portal Daily Star, suspek yang dikenali sebagai Dr. Nicholas Chapman berusia 55, didakwa mengisi ratusan sampel ‘spesimen’ dan dituduh sengaja memasukkannya ke dalam minuman panas mangsanya itu beberapa kali dalam tempoh setahun.
Namun begitu, perbuatan jijiknya itu hanya disedari mangsa setahun kemudian selepas merasakan kopi yang dihirupnya itu sedikit ‘masin’ serta perasan perubahan warna pada minumannya itu agak berbeza.
Mangsa kemudiannya telah menemui koleksi ‘spesimen’ milik suspek dan membawanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut sebelum mendapati minumannya itu mengandungi spesimen air mani.
Chapman yang berasal dari Taunton, Somerset, didapati bersalah di atas pertuduhan melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran dengan cara membuat mangsa ‘menelan air maninya’.
Dalam pada itu, Chapman mendedahkan bahawa dia akan beronani di tempat kerjanya bukanlah untuk kepuasan atau keseronokan untuk mengumpul sampel bagi mengkaji keadaan yang dialaminya sejak berusia 16 tahun.
Chapman mendakwa dirinya akan secara sengaja mengeluarkan air mani setiap kali ingin membuang air besar.
Tambahan lagi, dia telah melakukan perbuatannya itu di pejabatnya hampir setiap hari sejak tahun 2013 lagi.
Walau bagaimanapun, pihak mahkamah membebaskan Chapman dengan ikat jamin bersyarat dan hukuman ke atasnya ditangguhkan.
Sumber: Oh Bulan, Daily Star
