Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kari kambing punca perkahwinan dibatalkan

Seorang gadis membatalkan perkahwinannya selepas keluarga tunangnya mendesak agar kari kambing perlu disediakan sebagai hidangan di majlis perkahwinan mereka.

Insiden yang berlaku pada 11 Jun lalu itu mendapat pujian ramai berikutan keberanian gadis tersebut membatalkan perkahwinan selepas rombongan pengantin lelaki sudahpun tiba di majlis berkenaan.

Kejadian itu diceritakan Rabu lalu apabila gadis yang merupakan seorang siswazah itu bersetuju mendedahkan kejadian insiden tersebut kepada warga media.

Menurutnya, majlis perkahwinan itu berlangsung dalam keadaan yang sangat ‘rumit’ dan terdapat beberapa hidangan bukan sayur-sayuran disediakan untuk keluarga pengantin lelaki serta ahli perarakan perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pengantin lelaki, saudara kandung dan bapanya telah bertengkar dengan keluarga sebelah perempuan mengenai kari kambing tersebut.

Mereka memarahi ahli keluarganya mengenai kari kambing pada kira-kira pukul 12.30 pagi (waktu tempatan). Bapa saudara wanita itu bersama ahli keluarga lain memohon maaf dan cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap mahukan hidangan kari kambing.

Gadis itu berkata, dia amat kecewa sekali melihat pengantin lelaki sedikit pun tidak memberi sebarang respon kepada ahli keluarganya mengenai isu tersebut.

Akhir kata, wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut. Dia berfikir bagaimana dia akan dilayan jika bersetuju untuk berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu. Ada baiknya jika dia fokus pada pelajaran dan kerjayanya yang  sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian ini berlaku di New Delhi.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...