Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pegawai Kanan DBKL goda isteri orang untuk bersetubuh

KUALA LUMPUR- Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memujuk seorang wanita yang sudah bersuami untuk melakukan persetubuhan.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri, 49, didakwa memujuk seorang wanita berusia 37 tahun itu melakukan persetubuhan dengannya dan pujukan itu didakwa dilakukan di bangunan tersebut di antara jam 8 malam.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat orang anak itu didakwa telah memujuk wanita yang merupakan isteri kepada seorang lelaki berusia 47 tahun dengan niat agar wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.

Tertuduh yang kini digantung tugas telah didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin membenarkan Khairul Anuar diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut melarang tertuduh mengganggu saksi-saksi sehingga perbicaraan kes selesai.

Terdahulu, Noor Diana Saad selaku Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi sehingga kes selesai.

Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM2,000 dengan alasan anak guamnya telah digantung kerja dan hanya memperoleh separuh daripada gajinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, anak guamnya yang mempunyai empat orang anak itu hanya mampu membayar RM2,000. Dua anaknya masih menuntut di kolej dan dua lagi masih bersekolah.

Sementara itu, peguam pemerhati Nor Azri Mohd. Arif yang mewakili mangsa memohon agar identiti mangsa tidak didedahkan oleh pihak media kerana perkara ini terlalu sensitif.

Majistret Nurul Izzah bagaimanapun berkata pihak media telah mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

“Saya percaya media tahu. Kalau dilaporkan juga boleh dikenakan tindakan,” kata Nurul Izzah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...