Dua orang wanita dan seorang lelaki telah ditahan dalam operasi ke atas sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping, Perak.
Datuk Noorsiah Saaduddin selaku Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada mengatakan bahawa pemeriksaan yang dilakukan telah menemukan peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang disyaki tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).
Kata beliau dalam kenyataan, semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan itu dianggarkan berjumlah RM6.4 juta. Barang tersebut telah berjaya dirampas dan kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982.
Operasi ke atas makmal tersebut dilaksanakan oleh Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta KKM.
Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepanjang tahun lalu, WCB/PSK ada melaksanakan dua serbuan dengan nilai rampasan yang berjumlah RM3.4 juta dan bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini, terdapat lapan serbuan dilaksanakan dengan nilai rampasan sebanyak RM12.8 juta.
Beliau berkata juga, PDRM khususnya JKDNKA amat komited membantu kementerian dan agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat. Hal ini kerana itu adalah tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
Walau bagaimanapun, operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Orang ramai yang ingin terlibat dan bekerjasama dalam menyalurkan maklumat berkenaan kes yang sama amat digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya demi negara kita yang tercinta.
Sumber: Berita Harian
