Di Batu Kurau, Seorang wanita dan seorang lelaki telah bersatu semula dengan ikatan perkahwinan. Takdir telah memisahkan pasangan ini hampir 21 tahun lalu dan takdir juga yang menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri pada bulan April lalu.
Ikatan perkahwinan pertama mereka dibina selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing. Namun Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, telah kembali bersama sebagai suami isteri.
Kisah mereka telah mendapat perhatian di aplikasi TikTok apabila Hawazalina berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.
Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait, ada mengatakan bahawa selepas berpisah, mereka pernah berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun sayangnya perkahwinan itu tidak mampu bertahan lama. Sepanjang tempoh perpisahan selama hampir 21 tahun itu, mereka tidak pernah langsung berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Dia berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, manakala Ezwani pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007. Ezwani kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 dengan mempunyai tiga orang anak.
Hawazalina yang tinggal di kampung Jawa ada mengatakan hubungannya dengan suami kembali terjalin pada tanggal 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia. Hubungan itu menjadi setelah Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu oleh rakan mereka.
Pada mulanya, Hawazalina tidak mengecam wajah suaminya itu kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adiknya yang berjaya mengecam akan muka suaminya.
Ezwani kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itulah mereka mula berhubung dan pada ketika itulah mereka mengetahui akan kisah masing-masing. Dalam pada masa yang sama, Ezwani kemudiannya ada menyatakan bahawa ingin bersatu kembali dan Hawazalina pun bersetuju.
Katanya, dia tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.
Sebelum ini mereka berpisah di atas faktor yang terlalu peribadi malah Ezwani dikatakan seorang yang baik dan bertanggungjawab semasa menjadi suami. Hawazalina percaya suaminya itu masih sama seperti 21 tahun yang lalu. Anak dan juga keluarga menerima keputusan mereka. Mereka berharap perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga ke hujung hayat.
Sumber: HMetro
