Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki pura-pura solat duha, Pecah dan bawa lari tabung masjid

SEGAMAT- Dua orang lelaki mengaku hanya berpura-pura untuk menunaikan solat duha dan tahajud. Kemudian, mereka berdua bertindak untuk memecahkan tabung masjid.

Namun begitu, kegiatan dua rakan yang saling berusia 24 tahun itu terbongkar dan ditahan dalam Op Pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Superintenden Ahmad Zamry Marinsah selaku Ketua Polis Daerah Segamat berkata, pihaknya telah menerima dua laporan kes kecurian tabung di Masjid Saidina Abu Bakar, Buloh Kasap dan Masjid Makam Lubok Batu, Jalan Muar-Segamat.

Pihak polis telah melakukan serbuan di sekitar rumah Bandar Tun Razak, Pahang pada jam 4 petang hari yang sama dan berjaya menahan kedua-dua suspek tersebut. Mereka cuma berpura-pura menunaikan solat duha serta tahajud, seolah-olah musafir yang melakukan iktikaf di masjid yang terletak di laluan utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka berdua melakukan kesalahan tersebut antara jam 8 hingga 10 pagi atau pukul 2 pagi hingga 5 pagi.

Pihak polis telah me­rampas tabung masjid dengan tulisan Masjid Makam Lubok Batu, sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih, alat pe­ngumpil, empat buah tabung kecil berwarna gelap, gugusan anak kunci dan beberapa helai pakaian dipercayai digunakan suspek dalam melakukan jenayah berkenaan dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira sebanyak RM600.

Superintenden Ahmad Zamry Marinsahada juga mengatakan bahawa kedua-dua suspek turut mengaku terbabit dalam satu kes kecurian duit syiling kedai dobi dan satu kes melarikan duit syiling mesin air su­ling sejak beberapa bulan lalu yang membabitkan RM1,500.

Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan, HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...