Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Dulu penagih syabu, Kini jadi ‘tauke’ kambing

KUALA SELANGOR – Detik hitam seorang cef terjebak dalam kancah dadah selama 17 tahun lalu menjadi pengalaman yang sangat menakutkan sehingga kehabisan wang dan pitam.

Kini, segalanya telah berubah apabila Mohd. Radzi Abu Kassim, 39, bergelar usahawan ternakan kambing dan lembu hasil bimbingan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak lima tahun yang lalu.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia mula terjebak mengambil syabu ketika dia bekerja sebagai cef di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada tahun 2001.

“Pada waktu itu, saya masih muda dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk mengambil bahan larangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya ambil dadah kononnya untuk mendapatkan tenaga, namun akhirnya menjadi ketagihan melampau,” kata Radzi ketika ditemui di rumahnya di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Jelas lelaki itu lagi, penghijrahnya bermula selepas dia rebah akibat pengambilan dadah ketika berniaga di bazar Ramadan pada tahun 2018.

Radzi bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk memulakan hidup baru dengan mengusahakan perniagaan ternakan itu bersama abangnya.

“Alhamdulilah, perniagaan kami di bawah jenama Dopper Grill berjalan lancar. Setakat ini kami menternak lebih 70 lembu dan 20 kambing termasuk biri-biri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara purata, kami menjual lebih 600 kilogram daging dalam sebulan sama ada secara perapan atau tempahan memasak secara terus,” kata Radzi lagi.

 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...