Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bayi dilahirkan dengan 14 jari tangan dan 12 jari kaki

NEW DELHI, India – Seorang wanita di India telah melahirkan seorang bayi perempuan yang memiliki tujuh jari pada setiap tangan dan enam jari pada setiap kakinya.

Portal berita MailOnline melaporkan, bayi yang dilahirkan di Bharatpur, negeri Rajasthan itu mengalami keadaan anomali genetik.

Ibunya, Sarju Devi, 25 tahun bagaimanapun dilaporkan tetap berasa gembira dan bersyukur walaupun doktor menyifatkan anaknya dilahirkan dengan keadaan tersebut.

Saudara lelaki Sarju berkata, “Saudara perempuan saya melahirkan bayi yang mempunyai 26 jari dan kami menganggap dia sebagai dewi. Kami sangat gembira.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu pula, bapa bayi tersebut, Gopal Bhattacharya juga dikatakan sangat gembira dengan kelahiran anaknya itu.

Pada masa ini, tidak diketahui sama ada keluarga itu merancang melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan mereka bagi mengurangkan bilangan jari tersebut. Mereka tidak menganggap itu sebagai kekurangan namun tetap bersyukur dengan kurniaan bayi tersebut.

 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...