Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita sorok ular, lipan dan cicak dalam pakaian dalam ditahan pihak Kastam

Tindakan seorang wanita cuba menyeludup beberapa jenis haiwan eksotik dengan menyembunyikan di dalam pakaian dalamnya tidak berhasil apabila ditahan pegawai kastam di Pelabuhan Futian, Shenzhen pada 9 September lalu.

Wanita yang juga merupakan pemilik kepada kedai haiwan peliharaan itu dalam perjalanan dari Hong Kong ke China.

Memetik laporan daripada Mirror, wanita yang dikenali sebagai Chen, 32, didakwa telah menyembunyikan reptilia itu di dalam bra dan poket baju dengan harapan dapat membawa haiwan itu ke premisnya di China.

Dia bagaimanapun telah ditahan oleh pegawai kastam selepas dilihat berada dalam keadaan gementar selain memakai pakaian yang besar. Dia terlihat melakukan kesalahan secara jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Jabatan Kastam, Chen telah menyembunyikan sembilan ekor ular spesies lampropeltis, enam ular hognose, empat lipan gergasi Peru, dan seekor cicak genus anolis dimana kesemuanya adalah merupakan haiwan eksotik.

Siasatan terhadap Chen telah membawa kepada pengakuan untuk menjual haiwan itu sebaik sahaja dia tiba di bandar Foshan.

Antara haiwan yang dirampas pegawai kastam.

Malah, Chen juga mengakui telah melakukan jenayah yang sama sebelum ini dan memperoleh wang yang banyak melalui hasil penjualan haiwan tersebut.

Jelas Chen, haiwan tersebut sukar ditemui di pasaran China dan dia dapat menjual haiwan itu pada harga yang tinggi kepada pelanggan.

Selain dijadikan sebagai haiwan peliharaan, ada pelanggan yang menggunakan haiwan eksotik itu bagi tujuan perubatan tradisional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, ular jenis lampropeltis yang ditemui dalam pakaian Chen merupakan ular yang mempunyai racun bertoksik sehingga mampu membunuh manusia.

Menurut undang-undang di China, haiwan yang diseludup dari dalam atau luar negara haruslah dikuarantin dan diperiksa oleh pihak berkuasa terlebih dahulu untuk mencegah spesies asing invasif serta melindungi keselamatan ekologi.

Sementara itu pula, Jabatan Kastam tidak memaklumkan apakah tindakan undang-undang yang akan dihadapi oleh Chen.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: UtusanTV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...