Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wajah wanita kena toreh dengan ‘penyondol’

BANGKOK, THAILAND : Seorang wanita di Chiang Mai, utara Thailand telah diserang oleh kekasih gelap suaminya dengan menggunakan sebilah pisau sehingga menyebabkan wajah mangsa cedera.,

Wanita yang hanya dikenali sebagai A dan berumur 40 tahun itu mempunyai tiga orang anak bersama suaminya, B.

Dia mendapat tahu mengenai kecurangan si suami bersama rakannya sendiri, C, setahun yang lalu. Mereka masih belum lagi bercerai meskipun dia kerap dipukul oleh suaminya itu.

Konflik rumah tangga mereka bagaimanapun telah mencapai kemuncak dalam kejadian yang berlaku apabila A pergi ke rumah C semasa suaminya berada di kediaman tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia bertindak demikian untuk meminta suaminya mengembalikan telefon bimbit anak mereka yang telah dibawa bersama.

C  yang berang akan tindakan tersebut telah  mengheret A masuk ke rumahnya sebelum dia bersama-sama anak lelakinya dan B membelasah mangsa.

Dalam pertengkaran itu, C mengambil sebilah pisau yang terletak di dapur lalu menoreh muka A. Mangsa telah diselamatkan oleh jiran yang mendengar kekecohan dan pergelutan tersebut.

Menurut seorang anak saudara A, dia membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan selepas menerima rawatan di hsopital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Charnchai Penchaiya selaku Pegawai Balai Polis Wiang Hang berkata, pihaknya masih belum menerima aduan rasmi daripada mangsa dan percaya, penyelesaian boleh dicapai antara ketiga-tiga mereka.

 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...