Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Myvi ‘terbang’ rempuh kedai runcit

SEGAMAT –  Seorang penumpang cedera, manakala pemandu selamat apabila sebuah kereta Myvi yang dinaiki mereka ‘terbang’ lalu merempuh masuk ke kaki lima sebuah kedai runcit di Kilometer 1, Jalan Segamat – Muar, di sini.

Superintenden Ahmad Zamry Marinsah selaku Ketua Polis Daerah Segamat berkata siasatan awal di lokasi mendapati bahawa kejadian berpunca daripada tindakan pemandu yang ingin mengelak anjing dan sebuah motosikal berhampiran lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang apabila pemandu Myvi tersebut, seorang lelaki berusia 25 tahun terpaksa mengelak anjing dan motosikal.

“Ia mengakibatkan kenderaan itu terus naik ke atas kaki lima kedai runcit berkenaan. Myvi berkenaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan lampunya turut pecah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemandu terselamat, manakala teman wanitanya yang berumur 22 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mengalami cedera pada bahagian leher dan kini dirawat di Hospital Segamat,” kata Superintenden Ahmad Zamry Marinsah.

Beliau juga turut memberitahu, Myvi terbabit datang dari arah Jementah menghala ke rumah mereka di bandar ini dan ketika kejadian cuaca hujan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...