Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki khayal akibat ketagih gam serang kenderaan polis guna parang

BEAUFORT – Seorang lelaki dipercayai khayal akibat ketagihan gam telah ditahan oleh pihak polis selepas mengamuk dan cuba menyerang kenderaan polis dengan menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Kiambor, Kuala Penyu pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 12.15 tengah malam itu, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kuala Penyu dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menerima maklumat mengenai seorang lelaki berusia 40 tahun mengamuk di kampung berkenaan.

Deputi Superintenden Ismail Abdullah selaku Ketua Polis Daerah Beaufort berkata, tangkapan berjaya dilakukan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort sebaik menerima laporan berkenaan.

“Ketika kejadian, lelaki terbabit tiba-tiba keluar dari kawasan semak dan bertindak menyerang kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan parang dan terus melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek kemudian telah berjaya ditahan namun ketika ditahan, suspek tidak memberikan kerjasama sambil kedua-dua belah tangannya memegang parang dan pisau pemotong daging,” kata Deputi Superintenden Ismail Abdullah ketika dihubungi pada Isnin.

Kata beliau lagi, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan kerana mengugut secara jenayah dan menghalang anggota polis menjalankan tugas serta merosakkan dua kenderaan milik PDRM dengan menggunakan parang.

“Siasatan awal mendapati, punca suspek mengamuk kerana disyaki khayal dan seorang penagih gam,” kata Deputi Superintenden Ismail Abdullah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...