Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kaki kanak-kanak lelaki tersangkut dalam lubang tandas

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit selama satu jam selepas kaki kanan tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di sebuah apartmen di Balakong.

Ahmad Mukhlis Mukhtar selaku Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.36 malam.

Kata beliau, seramai lima orang anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit dilakukan oleh anggota dan berjaya dikeluarkan pada pukul 9.11 malam,” kata Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan.

Jelas Ahmad Mukhlis Mukhtar lagi, mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...