Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita Mat Salih ‘berang’ makanan Malaysia terlalu sedap

Seorang pelancong asing dari Bahamas ‘menyelar’ Malaysia kerana telah menyebabkan seleranya bertukar.

Dikenali dengan nama Lilith di TikTok, dia yang gemar mengembara mengakui tidak dapat melupakan keenakan pelbagai jenis makanan yang terdapat di Malaysia.

“Malaysia kita ada masalah okay. Kerana awak telah merosakkan mulut, khususnya selera saya kerana sekarang saya berada di Bahamas.

“Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan yang bukan hanya Bahamas, tetapi hampir di mana-mana sahaja saya pergi seperti Thailand contohnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimana saya rasa suka seperti ini? Saya harap saya kembali ke Malaysia. Perut saya boleh menjadi lebih gembira,” katanya.

Pada masa yang sama, dia turut berkongsi bahawa dia seorang yang sangat cerewet mengenai makanan dan bertanya adakah dia perlu berpindah ke Malaysia.

“Adakah saya hanya perlu berpindah ke negara yang makanannya terkenal. Dulu saya seorang pemilih makanan dan saya pergi ke sana (Malaysia), akan mencuba pelbagai benda.

“Sekarang lihat apa yang telah anda lakukan kepada saya? Fikirkan tentang apa yang telah anda lakukan,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang terhibur dengan kenyataannya itu.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya sangat memohon maaf. Saya merasakan perkara yang sama setiap kali saya melancong ke luar negara,” kongsi ChianChianCute.

“Rakan saya dari Australia juga terus mengatakan kopi Malaysia paling sedap di dunia,” kata Fifizack.

Lihat video penuh di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...