Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Graduan sarjana tidak kisah jadi tukang cuci

HULU TERENGGANU- Seorang pemuda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Dakwah tidak kisah bergelar sebagai seorang tukang cuci walaupun ada yang memandang sinis terhadap kerjayanya itu.

Muhammad Zuhdi Abu Bakar, 26 tahun dari Kampung Langgar, menjana pendapatan antara RM180 sehingga RM3,500 bagi setiap tugasan yang diterima bergantung kepada jenis rumah, premis serta lokasi yang dipinta.

Katanya, dia mula menceburi bidang itu sekitar tahun 2019 sewaktu tahun pertama dia belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus bagi mencari duit poket sendiri terutamanya semasa cuti semester.

“Berbekalkan peralatan asas mencuci, saya ambil upah cuci rumah pensyarah dan bergerak dari rumah ke rumah mencari pelanggan. Semuanya dilakukan seorang diri pada ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemudiannya seorang rakan saya berminat. Seingat saya tugasan pertama kami bersama ialah bersihkan tiga buah tandas di sebuah rumah di Kuala Terengganu, kami dapat upah RM60 dan rasa seronok sukar diungkap dengan kata-kata.

“Kini, setelah lebih kurang empat tahun lakukan kerja-kerja mencuci ini, saya terima lebih 20 tempahan setiap bulan, bukan sahaja rumah persendirian tetapi juga inap desa, premis perniagaan termasuk kilang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah anak ketiga dari lima beradik ini, dia juga mempunyai seorang pekerja tetap serta empat pekerja sambilan manakala kawasan operasi menjadi fokusnya ialah daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang serta Kuala Nerus.

Kata Muhammad Zuhdi lagi, kerjayanya sebagai tukang cuci juga tidak menjadi halangan buat dirinya yang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Alam Sekitar dan Pelancongan di UniSZA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun jadual harian padat tetapi segalanya boleh berjalan lancar jika dapat diurus dengan baik antara kerjaya tukang cuci dan belajar. Biasanya malam saya akan fokuskan pada pembelajaran.

“Saya juga merancang untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) sekaligus capai impian bergelar pensyarah. Kerjaya tukang cuci diceburi kini akan dipastikan tidak terkubur sebaliknya bergerak seiring.

“Harapan saya untuk beri peluang pekerjaan pula kepada lebih ramai orang terutamanya golongan B40, ibu tunggal serta anak-anak muda untuk kita sama-sama berkongsi rezeki,” ujarnya.

Kata Muhammad Zuhdi yang juga penulis buku ilmiah berjudul ‘Dinamika Alam Sekitar’ terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lagi, tukang cuci juga satu profesion yang mampu menjana pendapatan sekiranya diurus dengan baik walaupun dipandang rendah oleh segelintir masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...