Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita dikecam kerana tindik telinga bayi baru lahir

PETALING JAYA : Seorang wanita bertindak untuk menindik telinga bayi yang baru dilahirkan. Tindakannya itu telah mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang wanita bertindak memasukkan sepasang subang ke telinga seorang bayi tanpa menggunakan sebarang alat khas.

Bayi perempuan itu juga menangis kesakitan apabila kedua-dua telinga dicucuk dengan menggunakan subang tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan di ruang komen pula mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan indvidu itu yang dianggap melakukan penderaan terhadap bayi tersebut.

“Mengarut pakaikan subang dekat bayi sekecil itu, terus cucuk macam itu saja kalau buat dekat telinga kamu sakit tak?,” kata Ina.

“Kecil lagi, nanti tertarik atau tersangkut di mana-mana. Tak rugi pun anak tak tindik. Semoga bayi itu baik-baik saja dan tak terkena jangkitan,” kata Yuri.

“Tak sangka ada ibu begini, sanggup tengok anak menangis kesakitan sebab nak letak subang emas punya pasal,” kata Zila.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih daripada 6,000 perkongsian di platforn Facebook.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...