Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tak puas hati suami curang dengan kawan sekerja, Wanita bunuh dan bakar anak

Seorang ibu muda yang berusia 21 tahun bertindak dengan kejam membunuh dan membakar anak perempuannya. Kejadian yang berlaku di Manazo Puno, Peru itu dilakukan kerana dia ingin kembali kepada teman lelakinya disebabkan suaminya telah berlaku curang dengan rakan sekerja.

Menurut laporan daripada Mirror UK, ibu muda berkenaan telah mengaku bahawa semasa kejadian, dia telah menekup bayi yang berusia 14 bulan itu dengan selimut sebelum membakar mayatnya di dalam sebuah lubang. Perbuatan yang tidak mempunyai hati dan perasaan itu dilakukan kerana wujudnya rasa dendam kepada suaminya yang curang di belakangnya.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bayi malang itu ditemui di dalam sebuah lubang dalam keadaan dibalut dengan selimut selain sebahagian badannya sudahpun terbakar.

bunuh bayi

Menurut laporan lagi, pada awal siasatan, wanita berkenaan tidak mengaku telah membunuh bayinya malah dia mendakwa bahawa bayi perempuannya meninggal dunia selepas terjatuh dari katil. Dia berkata dia bertindak menanam mayat mangsa berhampiran sungai apabila dia berasa panik dengan kematian itu.
Namun begitu, apabila pasukan pendakwaan mengarahkan pihak polis untuk ke kawasan sungai tersebut, tiada langsung kesan penggalian yang ditemui. Akhirnya, wanita itu mengaku telah membunuh bayinya dengan sengaja.
Mayat bayi tersebut telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan wanita berkenaan ditahan bagi mendapatkan tindakan lanjut.
Sumber: OhBulan, Mirror.co
Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...