Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Seorang pemandu parah selepas dua buah lori terjunam bawah jambatan

TAPAH – Seorang pemandu parah dalam kejadian dua buah lori yang terjunam ke bawah jambatan di Kilometer 336 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini.
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri selaku Ketua Polis Perak berkata, pemandu lori sebuah syarikat kurier yang berusia 42 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Tapah.

Menurut beliau, kemalangan tersebut dipercayai berlaku kira-kira pada jam 7 pagi yang melibatkan sebuah lori kontena dengan lori milik syarikat kurier J&T.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori kontena jenis Nissan warna kuning yang dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh membawa muatan barangan runcit sebuah pasar raya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori itu telah mengalami kerosakan mekanikal dan berhenti di lorong kecemasan,” kata Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Tambahnya lagi, lori syarikat kurier jenis Isuzu berwarna merah dan putih kemudian hilang kawalan dan telah melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua kenderaan terjunam ke bawah jambatan kira-kira 15 meter.
Menurut beliau juga, dalam kemalangan itu, pemandu lori syarikat kurier mengalami kecederaan di bahagian dada manakala pemandu lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Prathiparaj 014-6178095) untuk membantu siasatan.
Sumber: Astro Awani
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...