Sudah kerap kita lihat kemalangan yang berlaku di depan mata gara-gara kenderaan yang tidak memberikan signal ketika menukar lorong. Sikap pemandu yang membiasakan amalam sedemikian dapat mengundang bahaya dan meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Seorang lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan yang agak teruk semasa menunggang motorsikal akibat pemandu kereta yang ‘malas’ dan liat untuk memberi signal. Sudah jelas lagi dia sudah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Atin Apis apabila ayahnya sendiri mengalami kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kenderaan yang tidak memberi signal ketika mahu menukar lorong. Mangsa telah mengalami kecacatan kekal pada 2 jari kiri.
Semoga kejadiaan ini dapat dijadikan iktibar buat semua pengguna jalan raya terutamanya yang liat untuk memberikan signal. Nyawa orang lain juga sedikit sebanyak terletak di tangan anda.
Sumber: OhBulan, Twitter AtinApis
