Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Keluarga terima pampasan selepas wanita maut makan ketum

Keluarga seorang wanita dari Florida yang meninggal dunia akibat makan ketum pada 2021, menerima pampasan lebih daripada AS$11 juta (RM50 juta) daripada pengedar ekstrak herba Asia Tenggara.

Ekstrak herba itu dikatakan mempunyai kesan seakan opioid pada otak.

Donald Middlebrooks selaku Hakim mahkamah Persekutuan di West Palm Beach memerintahkan syarikat Kratom Distro membayar ganti rugi kepada empat orang anak Krystal Talavera dan harta pusakanya.

“Sudah tentu, tiada nilai wang yang dapat menampung kesakitan dan penderitaan dialami oleh anak-anak mangsa disebabkan kematian ibu mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimanapun, undang-undang menegaskan bahawa defenden harus membayar sesuatu meskipun ia tidak mencukupi,” katanya dalam rekod mahkamah.

Dalam pada itu juga, anak sulung kepada Krystal, Devin Filipelli menerusi kenyataan berharap agar keputusan mahkamah itu akan menekankan ‘bahaya ketum’ kepada orang ramai.

“Saya bersyukur dengan keputusan mahkamah, namun tiada nilai wang yang mampu membawa ibu saya kembali atau menghilangkan rasa derita kami,” katanya.

Pada tahun 2016, Agensi Penguatkuasaan Dadah AS mengenakan sekatan ketat ke atas ketum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pakar, ketum yang dihasilkan daripada daun pokok malar dan sering digunakan oleh orang ramai untuk mengurangkan kesakitan, kemurungan dan ketagihan opioid.

Dilaporkan juga, rakan-rakan mangsa memperkenalkan ketum kepada Krystal beberapa tahun lalu sebelum kematiannya.

Menurut ahli keluargany pula, Krystal menganggap ketum itu sebagai makanan tambahan semulajadi yang selamat dan mengambilnya selepas membeli secara dalam talian dari Distro Kratom.

Krystal ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri bertempat di ruang tamu kediamannya pada tanggal 20 Jun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...