ACEH : Seorang lelaki yang berusia 72 tahun tergamak menikam isterinya sampai mati yang bertempat di bawah sebuah jambatan.
Menerusi laporan daripada Kompas, suspek dikatakan telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 61 tahun kerana sering dilarang masuk ke rumah. Kejadian tersebut berlaku di Lhokseumawe di Aceh, Indonesia.
Salah seorang saksi memberitahu bahawa dia melihat mangsa diheret sehingga terjatuh sebelum ditikam suaminya dengan menggunakan sebilah pisau.
Kami lihat mangsa berlumuran darah dan tidak ada yang berani melerainya kerana dia (suspek) ketika itu memegang pisau.
Menurut Ipda Asrizal selaku Ketua Polis Daerah Banda Sakti, punca suspek menikam isterinya hingga mati kerana mereka sering bergaduh.
Suspek sering tidak dibenarkan masuk ke rumah. Malah, tidak diberikan makan.
Berdasarkan keterangan daripada saksi, katanya, suspek mendekati mangsa yang sedang duduk berehat di bawah jambatan dekat Pasar Bandaraya Lhokseumawe.
Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga mengakibatkan tikaman yang dilakukan suspek dengan menggunakan pisau.
Tambahnya lagi, motif pembunuhan berpunca daripada masalah rumah tangga yang didakwa sebenarnya sudah lama berlaku.
Mangsa mengalami tujuh tikaman iaitu tiga di dada, satu di bawah leher dan satu di bawah payudara, satu bawah ketiak kiri, dan satu di belakang.
Sumber: OhBulan, Kompas
