Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pelekat Barbie pada kereta tarik perhatian penjenayah

Sejak akhir-akhir ini, gelombang Barbie semakin bertebaran di Malaysia sehingga ramai yang ‘demam’ dan menghias kereta dengan pelekat serta barangan Barbie sejak filem tersebut ditayangkan bermula 20 Julai lalu.

Masyarakat terutamanya para wanita pasti terpesona dengan ke­ghairahan untuk melakukan trend menghias kereta dengan pelekat Barbie sejak ia tular di media sosial.

Tidak mampu dinafikan lagi, ia sememangnya nampak comel jika dipasang pada kenderaan dan menampakkan ciri-ciri feminin pemilik kereta selain melambangkan peminat fanatik filem ber­kenaan.

Sehubungan itu juga, penjualan pelekat Barbie di pasaran juga mencanak naik dan pasti mendapat keuntungan yang banyak kerana sehingga ke hari ini, ramai yang masih memuat naik video memasang pelekat tersebut dan masih ‘trending’ terutamanya di platform TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa perkara yang tampak feminin dan comel itu sedikit sebanyak mencipta ruang serta peluang orang jahat yang berada di luar sana untuk mengganggu kaum hawa.

Melihat sendiri perkongsian, perspektif serta pengalaman wanita di media sosial, rata-rata mempunyai pengalaman buruk seperti diganggu lelaki hanya ke­rana meletakkan ‘plushies’, menggunakan barangan berwarna merah jambu dan sebagainya.

Pelbagai persoalan berlegar di fikiran setelah membaca pengalaman buruk yang dialami wanita di luar sana.

Adakah fenomena pelekat Barbie yang sedang tular sekarang bakal meningkatkan lagi trauma golongan wanita?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai trend berkenaan, Shahul Hamid Abdul Rahim selaku Penganalisis Jenayah berpandangan fenomena pelekat Barbie itu bakal membahayakan pemandu wanita terutamanya jika berada di atas jalan raya.

“Isu ini kurang dibangkitkan, namun saya lihat ia mampu mengundang bahaya kepada pemandu wanita. Dengan adanya pelekat, hiasan pada kereta sedemikian, ia boleh menyebabkan akan orang luar ingin mengusik dan sebagainya.

“Kalau boleh kereta jangan hias dan nampak terlalu lembut, ia seolah-olah membuka ruang, malah mengundang pembuli jalan raya untuk sasar mangsa seterusnya.” ujar Shahul Hamid Abdul Rahim.

Justeru itu, Shahul berkata, ruang dan peluang terbuka akan membawa kepada jenayah yang lebih teruk seperti gangguan seksual, pecah kereta, ragut, culik, diintip dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada pendapat saya, tidak perlu berlebihan untuk menghias kereta, ataupun tidak perlu hias langsung kerana ia sesuatu yang berpotensi menarik perhatian orang terutamanya pembuli jalan raya dan kaki seksual.

“Apabila diganggu, pasti individu yang menjadi mangsa tidak akan rasa selamat dan tenteram. Segala akibat itu akan menyusahkan dan mengganggu ketenteraman diri.

“Sememangnya, hias kereta itu adalah hak pemilik kenderaan. Ini adalah nasihat saya sahaja supaya tidak berlebihan kerana malang itu tidak berbau,” kata Shahul lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...