Pernah tak korang dengar penyakit Anencephaly? Anencephaly merupakan satu penyakit gangguan di kepala akibat dari kecacatan tiub neural. Ianya berlaku apabila akhir kepala tiub neural gagal untuk ditutup dan seterusnya mengakibatkan ketiadaan bahagian utama otak, tengkorak, dan scalp.
Anensefali adalah kondisi bahaya yang menimpa bayi, di mana mereka dilahirkan tanpa beberapa bahagian otak dan tulang tengkorak. Risiko bayi untuk lahir dengan keadaan sebegini akan meningkat jika ibunya kekurangan asid folik semasa tempoh mengandung. Anensefali adalah salah satu kelainan pembentukan tabung saraf janin. Penyakit ini membuat otak, tengkorak, tulang belakang, atau sumsum tulang belakang bayi tidak terbentuk dengan normal.
Punca Anensefali
Punca anensefali (anencephaly) belum diketahui secara pasti, namun ada sejumlah faktor yang mampu diduga dapat meningkatkan risiko bayi mengalami kondisi ini, yaitu:
- Gangguan genetik
- Kekurangan nutrisi tertentu, terutama asid folik
- Pendedahan kepada bahan toksik dari persekitaran dan ubat-ubatan atau makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung
- Ibu obesiti dan kencing manis
- Ibu sering terdedah dengan suhu tinggi, contohnya semasa berendam dalam air suam, mandi wap (sauna), atau demam
Kekurangan asid folik sering disebut sebagai penyebab kondisi ini. Asid folik (vitamin B9) sendiri merupakan salah satu jenis nutrisi yang terdapat pada banyak jenis makanan dan suplemen. Zat ini diperlukan oleh wanita hamil untuk membantu menghasilkan sel darah merah, serta menyokong perkembangan janin dan mencegahnya mengalami kecacatan.
Buat pengetahuan anda semua, anak yang biasanya mempunyai masalah ini akan dilahirkan tanpa otak depan. Sedih kan? Seperti perkongsian doktor ini apabila pesakitnya menerima nasib yang sama. Memang sedih bila dapat tahu anak dikandung 9 bulan mengalami kecacatan ini.
Otak hancur dalam kandungan ibu
Kencing manis semasa hamil
Elakkan kehamilan kaedah perancang jika ada kencing manis
Sumber : OhBulan, Imelda Balchin, alodokter
