Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bungkusan misteri kain putih tiba-tiba berasap

Perbuatan khurafat seperti mengamalkan sihir dan ilmu hitam adalah salah satu perkara yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.T. Walaupun begitu, masih ada lagi individu tergamak melakukan perbuatan keji itu untuk menganiaya orang lain hanya kerana perasaan hasad dengki.

Seperti perkongsian seorang wanita yang dikenali dengan nama Azieyla Johan menceritakan pengalamannya apabila terkena sihir yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali dan tidak bertanggungjawab.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, video tersebut memaparkan bungkusan kain berwarna putih yang dipercayai didalamnya mengandungi campuran garam, lada hitam, paku benang merah dan kain batik. Difahamkannya, ianya bertujuan untuk menghantar santau dan saka. Menurut wanita ini, dia telah memanggil pengamal perubatan islam untuk berubat dan membuang sihir tersebut.

Video penuh:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ustaz  kemudian membaca ayat suci Al-Quran sambil menuang minyak masak ke atas bungkusan berkenaan. Tetapi alangkah terkejutnya apabila mereka melihat bungkusan tersebut mengeluarkan asap sedangkan minyak yang dituang tidak panas. Jelasnya lagi,  kini semuanya sudah selesai dan berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

Dalam kesempatan itu, wanita ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih kawan dan jangan terlalu mempercayai seseorang itu. Hal ini kerana ada juga dalam kalangan orang yang rapat dengan kita sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap kita.

Berdasarkan perkongsian tersebut, ramai netizen yang memberikan pelbagai riaksi dan pengalaman yang lebih kurang sama.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: OhBulan, Azieyla Johan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...