Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita ‘dibantai’ suami sehingga hampir putus dua tangan dan retak tempurung kepala

Seorang wanita dari Chabang Empat, Tumpat, Kelantan, hampir putus kedua-dua belah tangannya selepas ditikam oleh suaminya. Bukan itu sahaja, dia turut mengalami retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan.

Mangsa yang berumur 26 tahun menjalani pembedahan hampir lapan jam, dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Kakak kepada mangsa mengatakan bahawa mangsa memberitahu dia dan suami tidak bergaduh.

Sebaliknya mereka berdua yang baru berkahwin Februari lalu memang berdepan masalah rumah tangga. Kedua-duanya menetap di Kampung Morak.

Pada kejadian petang kelmarin, saya tiada di rumah. Adik ada di biliknya sebelum lelaki itu menerjah bilik dan mereka terus bergelut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepalanya dihentak ke simen serta ditikam dengan pisau sehingga rebah.

Tambah kakak mangsa lagi, ibu kepada mangsa yang cuba menghalang turut mengalami luka di bahagian kepala sepanjang 4cm dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, mangsa pernah menyuarakan rasa ingin berpisah dengan suaminya, dan pernah menerima ugutan akan ditikam semasa berselisih faham.

Kami tidak sangka masalah mereka akan berakhir dengan tragedi. Emak yang sebelum ini menyara keluarga dengan menjual kuih sudah tidak mampu bekerja disebabkan kejadian itu selain trauma.

Apa yang kami harapkan adalah pembelaan buat adik kerana dia mungkin akan mengalami kecacatan kekal kerana dua belah tangannya hampir putus dalam kejadian itu dan doktor sedang cuba yang terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.35 petang, lelaki berusia 27 tahun itu telah menikam isteri dan ibu mentuanya dipercayai akibat perselisihan faham.

Lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis di Lembah Sireh, Kota Bharu. Berdasarkan semakan, pihak polis mendapati suspek memiliki empat rekod lampau.

 

Sumber: OhBulan, FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...