Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam beg plastik

Berita tentang penemuan seorang bayi perempuan yang baru lahir dalam beg sampah plastik hitam yang digonggong oleh seekor anjing liar, berhampiran bangunan perbandaran di Tripoli mengejutkan seluruh Lebanon.

Seorang pejalan kaki dilaporkan ternampak anjing itu menggonggong beg plastik berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

Lelaki itu berjaya mengambil beg plastik daripada anjing itu dan mendapati ada bayi di dalamnya.

Bayi itu mengalami lebam di seluruh badan dan dikejarkan ke Hospital Amal Islam sebelum dipindahkan ke Hospital Pemerintah Tripoli. Hal itu selepas perkhidmatan keselamatan dan pihak berkuasa kehakiman dimaklumkan mengenai kes itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan daripada Arab News, bayi itu baru beberapa jam dilahirkan ketika ditemukan.

Tidak diketahui dengan tepat bila bayi itu ditinggalkan dan keadaan bayi itu disifatkan serius tetapi stabil.

Wartawan kanan di Tripoli, Ghassan Rifi berkata, beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang kerjayanya.

“Biasanya, apabila seseorang mahu membuang bayi, mereka akan meletakkannya di hadapan rumah anak yatim atau balai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin juga individu yang melakukannya sengaja mahu membiarkan bayi malang itu dimakan anjing liar yang banyak berkeliaran di kawasan ini. Mujur bayi itu diselamatkan oleh lelaki yang kebetulan berada di sana,” kata Ghassan

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan bayi itu akan ditempatkan di rumah anak-anak yatim selepas pulih dan sembuh sepenuhnya.

Wakil Persatuan Bantuan dan Pembangunan Tripoli, Abdulrahman Darwish berkata, seorang bayi baru lahir pernah ditinggalkan di taman awam di Tripoli semasa musim panas sekitar beberapa tahun lalu.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...