Dengan menggunakan seluar dalam, seorang wanita dari Tulungagung, Jawa Timur tergamak membunuh anak kandungnya sendiri.
Menerusi laporan daripada Kompas, seorang wanita yang berusia 23 tahun didakwa telah membunuh anak kandungnya oleh kerana panik dan takut jika diketahui oleh keluarganya.
Difahamkan juga, kejadian itu berlaku ketika ketiadaan orang di rumah kerana ahli keluarganya menziarahi rumah saudara-mara sempena Hari Raya Aidilfitri.
Wanita tersebut menyangka bahawa kandungannya akan gugur dan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Namun begitu, kandungan itu bertahan sehingga masuk usia sembilan bulan.
Ada percanggahan pengakuannya dengan fakta yang kami dapat.
Walau bagaimanapun, suspek menyatakan bahawa seluar dalamnya yang tidak sengaja terlilit kepada bayinya ketika proses melahirkan.
Setelah selesai melahirkan, suspek memasukkan bayinya ke dalam beg untuk mencuci dirinya yang diselubungi darah. Namun, wanita tersebut pengsan kerana mengalami banyak pendarahan.
Apabila sedar, suspek segera menghubungi rakannya untuk ke hospital. Walau bagaimanpun, pihak hospital meragui kesan pada bayi tersebut.
Susulan daripada itu, pihak hospital telah mengambil keputusan untuk merakamkan video untuk dijadikan bukti sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Sumber: OhBulan, Kompas
