Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Dua beradik bergaduh, Kakak ditemukan dengan perut terburai dan tangan hampir putus

Aksi ganas dua orang beradik yang saling melibas parang sesama mereka berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka maut akibat pergaduhan tersebut.

Memetik laporan daripada portal Tribune Medan, kejadian yang berlaku di daerah Samosir, Indonesia itu melibatkan dua orang beradik yang berusia 44 dan 47 tahun.

Difahamkan juga, pergaduhan di antara mereka tercetus disebabkan oleh masalah dalam keluarga yang mereka alami.

Berdasarkan maklumat, pada awalnya mangsa, Baringin Manullang, 47 dan adiknya, Mardame, 44 hanya bertengkar mulut namun, tanpa disedari kedua-dua mereka sudah memegang parang dan saling melibas antara satu sama lain.

Disebabkan itu, jiran berhampiran tidak berani untuk meleraikan masalah kerana turut risau akan menjadi sasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pergaduhan itu kemudiannya berakhir dengan tragedi ngeri selepas Baringin terkena libasan pada bahagian tangan dan perut yang menyebabkannya maut ditempat kejadian.

Jasad Baringin kemudiannya ditemukan kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian dalam keadaan perut yang terburai.

Pihak polis kemudiannya menahan Mardame bagi membantu siasatan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: OhBulan, Tribune Medan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...