Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> “Saya Nak Dia Hidup Bahagia” – Suami Sanggup Beri Buah Pinggang Kiri Pada Isteri

Suami dan isteri perlulah saling bertolak ansur dalam sesebuah rumah tangga barulah menjamin kebahagiaan.

Hal ini kerana suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan pasangan. Namun, jasa yang sangat besar pasti akan diingati sampai bila-bila.

Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila si suami sanggup mendermakan buah pinggang kirinya buat isteri yang tercinta atas masalah kesihatan.

Bukhari, 25 tahun, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya mendermakan buah pinggang kiri kepada si isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi sumber, Bukhari berkongsi, dia diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.

Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.

“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.

“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” kata Bukhari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.

“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” tambah Bukhari lagi.

Sungguh bertuah Nurul Hasanah dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang seperti Bukhari.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Seismik
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...