Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kanak-kanak umur 12 tahun ketagih bau petrol

JAKARTA – Seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun di Kampung Ciwareng, Jawa Barat, Indonesia mempunyai ketagihan yang terlalu pelik iaitu gemar menghidu bau petrol pada setiap hari.

Portal Kompas melaporkan, ketagihan itu bermula sejak bermulanya pandemik Covid-19, iaitu ketika dia sedang belajar di darjah tiga.

Ia terjadi selepas bapanya kerap meminta bantuannya untuk membeli petrol.

“Kebetulan bapanya seorang mekanik. Jadi setiap pulang ke rumah dia suka cium bau petrol yang dibeli,” kata ibunya, Acah Wiharsi, 45 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kanak-kanak itu menghidu bau petrol dengan cara mengisinya ke dalam botol plastik, dan ia dilakukan sejak tiga tahun lalu lagi.

Menurut Acah, ketagihan mencium bau petrol menyebabkan anaknya berhenti sekolah selepas masuk darjah empat.

Acah berkata, anaknya juga akan mengamuk, jika tidak membenarkannya menghidu bau petrol.

“Setiap hari dia pegang bekas berisi petrol, malah sampai nak tidur dia bawa ke atas tilam. Jika tak diberi, nanti dia akan mengamuk,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Acah lagi, anaknya sudah dibawa ke pusat kesihatan awam untuk mendapatkan rawatan dan kini, mereka mencuba kaedah rawatan alternatif.

“Diberi ubat untuk saraf tetapi belum ada perubahan tetapi selepas jalani rawatan alternatif, (keadaan) anak saya semakin baik.

“Anak saya juga sudah mula terbiasa untuk meninggalkan botol yang berisi petrol dalam (tempoh) tiga hingga empat jam.

“Alhamdulillah. Tapi jika dipaksa, dia akan marah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...