Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kanak-kanak bakar diri kerana terikut drama TV

Prarthana yang maut membakar diri kerara meniru lakonan drama televisyen.

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun didapati maut selepas membakar dirinya ketika cuba melakonkan semula adegan rancangan bersiri yang ditontonnya di kaca televisyen.

Kanak-kanak itu, Prarthana dari Harihar, di daerah Davangere, Karnataka, membakar dirinya pada 11 November lalu dan meninggal dunia keesokannya ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Walau bagaimanapun, kejadian itu hanya didedahkan selepas ibu mangsa memutuskan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis untuk mengelak pengaruh seumpama itu tidak berulang kepada kanak-kanak lain.

Menurut ibunya, Chaitra, anaknya begitu taasub dengan rancangan bersiri di televisyen terutamanya Nandini, drama bersiri yang mempunyai kuasa sakti.

Chaitra bekerja sebagai pembantu rumah manakala suaminya, Manjunath hanya merupakan pekerja gaji harian dan mereka meninggalkan Prarthana di rumah jiran apabila keluar bekerja setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia menghabiskan sepanjang hari di rumah jiran dan tidak akan terlepas menonton drama bersiri kegemarannya.

“Namun kami tidak menyangka dia begitu terpengaruh dengan Nandini sehingga mahu melakonkan semula adegan yang menunjukkan pelakon menari dalam keadaan diselubung api,” katanya.

Prarthana dilaporkan lari pulang ke rumah tanpa disedari jiran sebelum mengambil beberapa helai kertas dan menyimbah badannya dengan minyak tanah serta membakar dirinya sambil menari.

Dia sebelum itu sempat mengajak adik perempuannya menari bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, adiknya ketakutan melihat tindakannya dan segera berlari ke rumah jiran memaklumkan kejadian itu.

Prarthana dikejarkan ke hospital kerajaan di Harihar sebelum dipindahkan ke hospital swasta di Davangere.

Malangnya, dia meninggal dunia keesokannya akibat melecur teruk.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...