Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Berang barang kemas hilang, Ibu libas 3 orang anak guna pisau pemotong daging

Seorang ibu bertindak melibas tiga orang anaknya berusia 10, 12 dan 15 tahun dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging kerana berang selepas mendapati barang kemasnya hilang.

Memetik laporan daripada Harian Metro, ibu tersebut yang dikatakan berang telah bertindak melibas sebilah pisau pemotong daging sehingga mencederakan tiga orang anaknya. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah pangsa di Ketiau, Putatan sekitar jam 7 malam.

Ketiga-tiga orang mangsa dilaporkan hanya cedera di tangan, manakala seorang lagi yang berumur tujuh tahun tidak cedera.

Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim selaku Ketua Polis Daerah Penampang berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek telah meminta semua anaknya mencari cincin dan seutas gelang tangan yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas gagal menemui semua barang kemas itu, mangsa dikatakan marah lalu mengambil pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah empat anaknya dengan tujuan ada anak mengaku mengambil barang kemas suspek,” kata Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

“Akibat kejadian itu, tiga anaknya terkena libasan di bahagian tangan dan seorang lagi tidak cedera.

“Semua mangsa kemudian melarikan diri dan meminta bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia Taman Ketiau,” ujarnya lagi.

Susulan daripada kejadian itu, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata pihak polis telah menahan wanita berusia 34 tahun itu di rumahnya pada jam 10 malam hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis turut merampas sebilah pemotong daging dipercayai digunakan ketika kejadian itu,” kata beliau.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Sumber: Seismik, HMetro
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...