Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bayi disuntik guna peluntur, Kelopak mata pula ‘dikelar’ dengan pisau cukur

Siapa sangka seorang wanita bergelar ibu rupa-rupanya penuh dengan tipu muslihat dan juga kekejaman. Ibu muda yang berusia 28 tahun ini tergamak mendera bayi perempuannya itu sejak mangsa berusia satu bulan lagi.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, suspek yang berasal dari Turki ini dikenali dengan nama Ezgi Korucu. Penderaan tersebut disedari oleh pihak hospital selepas suspek membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan. Suspek yang dihadapkan ke mahkamah mengaku telah mencederakan mangsa berusia 18 bulan itu dengan menggunakan sebilah pisau cukur. Boleh dikatakan, habis satu badan bayi itu ‘dikerjakan’ oleh ibu yang tidak berhati perut ini.

Saya putuskan untuk seksa dia. Saya cederakan kepala, kaki, lengan, dada dan kelopak matanya dengan pisau cukur.

Tidak cukup dengan itu juga, suspek kemudian bertindak lebih kejam apabila menyuntik bayinya, Eylul Mira dengan cecair sabun dan peluntur sejak mangsa berusia sebulan sehinggalah umurnya kini telah mencecah 18 bulan.

Hal ini berlaku kerana, suspek mengaku tidak sayangkan anak perempuannya itu dan berniat untuk membunuhnya secara senyap. Tetapi menurut peguam, suspek melakukannya adalah disebabkan penderaan yang dialami sepanjang perkahwinannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya tak sayangkan anak saya dan saya nak dia mati perlahan-lahan.

Menurut sumber yang dipercayai, suspek melakukan kerja kotornya itu ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Difahamkan, suspek juga sempat menulis surat permohonan maaf kepada ahli keluarga dan anak perempuannya atas tindakan kejam yang dilakukan. Selain meluahkan rasa terima kasih kepada si suami kerana tidak pernah memalukan dirinya di hadapan anak-anak selama 13 tahun bersama.

Eylul, maafkanlah saya. Saya minta maaf kepada orang ramai dan adik-beradik awak. Saya bukan ibu yang jahat.

Jika dia disabitkan kesalahan, Ezgi boleh dijatuhi hukuman penjara selama tempoh 20 tahun.

 

Sumber: OhBulan, Mirror UK

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...