Iris Jones yang berkahwin dengan lelaki kelahiran Mesir, Mohamed Ibriham kini sudah pun bercerai kerana wanita tersebut difahamkan tidak mampu dan tidak tahan untuk menjaga seorang suami yang sangat pemalas.
Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.
Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.
Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn.
Dalam pada itu juga, Iris mengakui bahawa paras rupa bekas suaminya itu yang tampan menyebabkan dia jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengannya.
Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya.
Sekadar info, kisah percintaan Iris dan Ibriham menjadi bualan orang ramai selepas mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 yang lalu. Namun, segalanya musnah kerana disebabkan sikap pemalas lelaki itu. Mungkin paras rupanya sempurna tetapi bukan sikapnya maka dengan itu membuatkan Iris tidak sanggup menghadapinya.
Sumber: OhBulan, LADbible
