Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Terapi pelik ‘buang sial’ untuk perempuan yang gagal dalam perkahwinan

Di serata dunia, terdapat pelbagai rawatan pelik untuk bermacam-macam tujuan. Salah satunya, rawatan untuk membuang ‘sial’ wanita yang gagal dalam perkahwinan, atau bahasa mudahnya untuk golongan janda.

Kedengarannya memang sangat aneh, namun rawatan ini memang ada dijalankan oleh segelintir masyarakat di China. Ada satu terapi di Chongqing, barat daya China yang bertindak untuk mengusir ‘malang’ bagi golongan ‘janda’ ini.

Rawatan yang juga dikenali sebagai meditasi kubur ini menjadi salah satu alternatif dan cara golongan janda untuk menghalau ‘sial’ yang dipercayai ada dalam tubuh mereka. Mereka juga percaya kaedah yang sama dapat mengusir ‘hantu’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Rawatan ini perlu dijalankan dan dilakukan di satu lokasi mirip dengan tanah perkuburan. Individu yang hadir ke sini akan menjalani meditasi di dalam lubang kubur yang telah dipersiapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lubang yang digunakan tidaklah sedalam seperti lubang kubur sebenar. Ia dikorek hanya sekadar untuk memuatkan saiz orang dewasa berbaring di dalamnya.

Selepas lubang itu disiapkan, plastik yang dipotong mengikut saiz lubang akan dibentang pada tanah. Tujuannya untuk mengelakkan kekotoran pada pakaian pesakit sepanjang sesi rawatan dijalankan.

Kemudian, wanita-wanita ini diminta untuk senyap dan menenangkan diri sepanjang berbaring di dalam lubang itu. Dalam keadaan mata terpejam dan kedudukan tangan yang diletakkan pada paras dada, mereka dibiarkan melalui tempoh meditasi untuk beberapa ketika.

Kaedah rawatan untuk membuang sial bagi wanita yang gagal dalam perkahwinan.

Kaedah atau cara ini dikatakan dapat membantu pesakit untuk mengingatkan tentang kehidupan yang singkat di dunia. Mereka perlu menghargai hidup sementara masih bernafas. Atas sebab demikian, ‘pesakit’ perlu melupakan masa lampau meskipun pernah mengalami kekecewaan yang amat menyakitkan dalam perkahwinan yang telah gagal itu. Masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bagi memulakan hidup baru.

Seorang wanita dikenali sebagai Liu berkongsi pengalamannya yang pernah gagal dalam perkahwinan pada tahun 2015. Liu berkahwin pada usia 19 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Dia menjalankan perniagaan sendiri namun gagal sekaligus menjadi punca kepada kegagalan perkahwinannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Impaknya, Liu berasa tertekan sehingga hampir membunuh diri. Namun, sejak menghadiri rawatan membuang ‘sial’, Liu mulai matang dan mendapat kekuatan untuk menjalani kehidupan baru. Malah, dia berjaya membina semula perniagaannya.

Kali pertama ‘pesakit’ menghadiri rawatan ini, mereka akan diminta untuk menjerit sekuat hati. Jeritan yang dilepaskan bersama-sama dengan tangisan itu bagi meluahkan bebanan yang ditanggung.

Selain menjerit sekuat hati, mereka juga perlu menceritakan masalah dan tekanan yang dihadapi. Sesi meluah perasaan ini bukan hanya menimbulkan kesedihan terhadap individu itu sendiri. Bahkan, orang lain yang menyertai terapi berkenaan turut sebak sehingga menitiskan air mata.

Rawatan ini mendapat sambutan golongan wanita.

Rawatan membuang sial ini lebih disifatkan sebagai berkongsi perasaan bagi meringankan tekanan wanita yang gagal dalam perkahwinan. Meskipun tidak mampu membantu dari sudut kewangan, namun setidak-tidaknya sokongan emosi akan menyuntik semangat baru terhadap golongan ini.

Malah, rawatan ini diadakan secara percuma bagi wanita yang amat memerlukan. Dan kerana keberkesanannya, terapi ini bukan saja dihadiri oleh wanita berstatus janda, malahan juga menarik minat wanita bujang yang tertekan dengan masalah masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: UtusanTV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...