Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Remaja orang asli pitam akibat dipanah oleh petir

GUA MUSANG : Seorang remaja lelaki Orang Asli dari Kampung Pinchong, Pos Gob yang kerap pitam selepas dipanah petir dihantar ke Hospital Gua Musang untuk diberikan rawatan lanjut dengan menaiki helikopter.

Remaja itu, Mazlan Roslan berumur 18 tahun, dipercayai dipanah oleh petir ketika menggunakan fon telinga semasa berada di rumahnya di kampung tersebut.

Menurut Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman selaku Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, pesakit bersama pengiring dibawa dari Kampung Pinchong, Pos Gob ke hospital dengan menaiki sebuah pesawat Agusta Westland 139 (AW139).

Kata Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman, pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada jam 4 petang dan tiba di Kampung Pinchong, kira-kira pada jam 5.38 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pesakit berada dalam keadaan sedar, namun memerlukan pengusung untuk dibawa ke helikopter kerana tidak mampu berdiri.

“Difahamkan, remaja terbabit kerap pitam selepas dia dipanah petir dalam kejadian di rumahnya kelmarin,” kata beliau ketika dihubungi pemberita.

Mohd. Hasrizal turut memberitahu bahawa pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang di sini pada jam 5.55 petang dan pesakit diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke hospital.

Menurut beliau lagi, operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu melibatkan lima anggota unit Udara diketuai oleh juruterbang, Faridullahamin Mohd. Noh dan dibantu Sarifudin Ladulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...