Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki persenda bulan Ramadan, apa yang berlaku padanya cukup menginsafkan

Ramadan adalah bulan yang sangat mulia. Selalunya kemunculan bulan ini amat dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk melakukan ibadah seperti bersembahyang tarawih, solat tahajud dan beribadat tetapi saya ingin bercerita satu kisah sedih untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Kisah ini berlaku pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu di tempat saya di Negeri Sembilan. Nama kampung dan orang terlibat biarlah saya rahsiakan demi menjaga maruahnya.

Si polan ini, saya namakan Badri, adalah kawan baik saya sejak kecil. Usia dia empat tahun lebih tua daripada saya. Kebetulan rumahnya tidak berapa jauh dari rumah saya.

Saya sebenarnya tidak ada masalah berkawan dengan Badri kecuali sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk kalau tidak berpuasa. Kalau kita hendak bercerita tentang orang tidak berpuasa, sebenarnya bukan orang muda sahaja, tetapi orang tua pun serupa sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi kisah Badri ini lain daripada yang lain. Setiap tahun apabila masuk bulan Ramadan, dia bukan sahaja tidak berpuasa malah suka menunjuk-nunjuk pula kepada orang kampung. Alasannya juga lain daripada yang pernah kita dengar.

Kita pernah dengar ada orang tidak berpuasa kerana sakit gastrik, sakit perut atau muntah-muntah tetapi alasan Badri lain. Alasan yang diberikan olehnya sejak tahun demi tahun hanya satu – turun darah. Masalah ini biasanya dialami oleh kaum perempuan tetapi Badri memberitahu dia ada haid.

Mula-mula mendengarnya, saya tidak ambil peduli kerana menganggap dia cuma melawak atau mempermainkan saya. Tapi setelah banyak kali dengar, saya mula meluat. Tidak patut Badri memberi alasan sebegitu. Dia seolah-olah membuat isu haid seperti jenaka.

Saya tidak tahu apa tujuan sebenar dia berkata begitu, sama ada hendak melawak atau sekadar suka-suka,, tapi bagi saya perbuatannya itu samalah dengan mempersendakan bulan Ramadan dan mempermain-mainkan ibadah puasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selalunya kalau sesiapa tanya kenapa tak puasa, Badri dengan bangga memberitahu: “Turun darah!” Badri bercakap selamba sahaja tanpa berselindung. Ketika itu kalau sesiapa tengok gelagatnya memang menyampah, sudahlah makan secara terang-terangan di khalayak ramai, berlagak pula.

Dia tidak peduli, sama ada di depan orang tua, muda atau kanak-kanak, dia tetap makan dengan lahapnya. Kalau dia makan ayam, dijilat-jilatnya paha ayam di depan kita sehingga meleleh-leleh air liuh orang yang berpuasa. Mulutnya mengunyah-ngunyah seolah-olah terlalu sedap nasi yang sedang dimakan.

Tujuan Badri cuma hendak menunjuk-nunjuk dia tidak berpuasa, itu saja. Tambah Badri seronok apabila dia dapat memberitahu setiap orang dia tidak berpuasa kerana turun darah. Di kampung kami, kalau hendak mencari Badri senang sahaja. Sebut Badri Turun Darah, semua orang kenal. Yang saya hairan, Badri tidak pula marah orang memanggilnya dengan nama tersebut. Malah dia seperti suka dan bangga dengan gelaran itu.

Saya akui, dulu saya pernah juga tidak berpuasa sekali-sekala, tetapi saya tidak sanggup makan di khalayak ramai. Saya pernah menasihati Badri, kalau tidak mahu berpuasa, sorok-soroklah sikit. Malu orang tua-tua tengok. Tapi Badri cepat menangkis nasihat saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Badri memberitahu, apa hendak dihairankan dengan orang tua-tua, mereka dua kali lima sahaja. Masa muda-muda dulu, ramai yang tidak puasa tapi bila sudah tua-tua, hendak tunjuk alim pula.

Saya beritahu Badri, bukankah elok apabila sudah tua bertaubat dan meninggalkan perbuatan yang dilarang. Kalau bertaubat semasa muda lagi bagus sebab soal mati tidak mengira usia. Kalau Tuhan hendak ambil nyawa kita, bila-bila masa sahaja tidak kira tua atau muda. Apalagi kalau Tuhan ambil nyawa kita tanpa sempat bertaubat, lagi terseksa. Tapi segala nasihat saya itu tidak diendahkan oleh Badri dengan mengatakan dia turun darah, tak boleh puasa!

Memang saya marah akan sikapnya yang suka berlagak apabila ditegur. Dalam hati saya berkata-kata, nanti suatu hari kalau Tuhan hendak tunjukkan kekuasaan-Nya, baru kau tahu. Bila betul-betul terkena turun darah, ketika itu baru kau nak bertaubat.

Saya tahu, Badri sejenis orang yang tidak boleh dinasihati langsung. Egonya tinggi. Orang macam saya yang lebih muda daripadanya dianggap tidak layak menasihatinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suatu hari, saya keluar ke gerai berhampiran tempat Badri selalu makan secara terbuka. Puas saya mencarinya tetapi tidak berjumpa. Saya tanya tauke gerai tersebut mana perginya Badri. Mengapa sejak dua tiga hari ini tidak nampak dia makan di gerai tersebut.

Akhirnya saya diberitahu Badri sedang sakit di rumahnya. Ketika itu sudah  lima belas hari umat Islam berpuasa. Saya segera pergi menjenguknya di rumah. Saya lihat Badri sedang duduk di kerusi dengan berkain pelekat dan termenung. Saya terus bertanya apa masalahnya, sakit apa?

Saya betul-betul terkejut apabila diberitahu: “Fazil, aku betul-betul turun darah! Bila kencing turun darah. Darah hidup tak berhenti-henti meleleh!”

Lalu saya menasihatkan Badri supaya segera membuat pemeriksaan di hospital, bimbang dia terkena penyakit berbahaya. Tetapi kata Badri, dia sudah berjumpa doktor.  Doktor memberitahunya, dia tidak ada sebarang penyakit kecuali turun darah tidak berhenti-henti melalui kemaluannya. Penyakit apa, doktor masih tidak tahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya tengok sendiri, kain pelekat yang dipakainya habis dibasahi darah. Apabila terlalu banyak darah keluar, kain baru diganti untuk menadah darah tersebut. Akibatnya muka Badri menjadi pucat. Selera makannya tertutup.

Badri  mengadu kepada saya, kenapa dia tidak teringin hendak makan sedangkan perutnya mendidih kelaparan. Saya nasihatkan Badri supaya telan makanan, kalau tidak darah yang keluar tidak dapat diganti.

“Tak ada selera, Fazil. Tak ada makanan boleh masuk. Kalau masuk, muntah!” luahnya.

Saya berasa kasihan, sejak tiga hari terkena penyakit turun darah secara misteri itu, selera makan Badri tertutup rapat. Hari-hari berikutnya saya terus menziarahi Badri dan memberi sokongan moral kepadanya supaya bersabar dengan ujian Tuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itulah Badri kerap merintih dengan saya. Kata Badri, dia menyesal dengan perbuatannya tidak berpuasa dan menunjuk-nunjuk. Paling dia menyesal kerana selalu mempersenda bulan Ramadan dengan alasan turun darah.

“Aku menyesal cakap turun darah. Fazil, kalau tak nak puasa jangan cakap turun darah. Aku dah rasa, sakit… darah tak berhenti turun…” rintihnya.

Pelik, darah yang keluar itu kadangkala memancut seolah-olah ada tekanan dari pembuluh darahnya. Darah itu tidak pernah berhenti menitis.

Hari demi hari badan Badri semakin kurus dan cengkung. Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Segala rawatan di klinik sudah dicuba, khidmat bomoh juga digunakan tetapi penyakit turun darah dari kemaluannya tidak dapat disekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap kali saya datang, Badri tidak lupa berpesan kepada saya supaya berpuasa. Jangan cuba menipu dan makan menyorok-nyorok, kemudian beritahu orang lain kononnya kita berpuasa.

“Jangan buat macam tu, Tuhan nampak!” pesannya lagi.

Badri juga berpesan supaya tidak meniru perbuatannya. “Fazil, tolong beritahu kawan-kawan kita, pada budak-budak yang tak nak berpuasa jangan buat macam aku. Aku dah insaf, aku bertaubat takkan cakap lagi turun darah bila tak puasa. Aku takkan makan depan orang!” pesan Badri berkali-kali.

Saya sebak mendengar pesanan Badri setiap kali datang menziarahinya. Ketika itu saya berazam kalau terjumpa sesiapa yang tidak berpuasa, saya akan ceritakan kisah Badri supaya mereka sedar akibat tidak bepuasa dan mempersendakan bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Masuk hari kelima, tubuh Badri seolah-olah lumpuh. Badannya bertukar menjadi kehitam-hitaman. Hari keenam, saya diberitahu Badri tidak boleh bercakap lagi, keadaannya terlalu tenat. Dia hanya terbaring dan sering tidak sedarkan diri.

Saya merasa insaf melihat keadaan Badri sebegitu. Saya teringat nasihat yang pernah saya berikan kepadanya sebelum ini, kalau Tuhan hendak tunjukkan kekuasaan-Nya, tiada sesiapa dapat menghalang. Lagi satu soal ajal dan maut itu tidak kira tua atau muda, sampai masa Tuhan akan cabut nyawa kita.

Masuk hari ketujuh, iaitu tinggal sepuluh hari lagi umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri, Badri menghembuskan nafas terakhirnya. Semasa melawat, saya lihat darah masih lagi menitis pada kain yang dipakainya. Hari itu juga jenazah Badri disemadikan.

Saya kehilangan seorang rakan sejak kecil. Hanya satu yang saya tidak boleh lupakan, pesanan terakhir Badri kepada saya pada hari-hari terakhir sebelum dia meninggal dunia. Saya akan tunaikan pesanannya supaya memberitahu sesiapa saja amanatnya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kepada pembaca, ingatlah pesanan Badri, puasalah. Kalau tidak terdaya berpuasa, jangan makan menyorok-nyorok dan kemudian beritahu orang lain kononnya kita berpuasa. Jangan, Tuhan nampak. Paling penting sekali, kalau tidak berpuasa janganlah suka menunjuk-nunjuk.

Satu lagi pesan Badri untuk pembaca, kalau tidak mahu berpuasa, jangan mempersendakan kesucian bulan Ramadan. Jangan ulangi perbuatannya yang suka menyebut: Turun darah. Tuhan murka kepada orang-orang sombong dan takbur, apalagi mempersendakan kesucian Ramadan dan mempermainkan perintah-Nya.

Pencerita: Fazil Lahadi

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: UtusanTV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...