Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Selepas diseksa sampai mati, kepala pula direbus dan tengkorak disimpan dalam patung Hello Kitty

Kisah ini antara kes pembunuhan yang tragis di Asia pada penghujung 1990-an. Ia bermula pada Mei 1999, apabila seorang gadis datang ke balai polis Tsim Sha Tsui, Hong Kong, dengan keadaan yang tidak terurus.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Ah Fong itu baru berusia 14 tahun. Dia datang membuat pengakuan tentang satu jenayah kejam yang tidak mungkin terungkai jika tidak kerana roh mangsa datang mengganggunya.

Kata gadis ini, setahun sebelumnya, dia membantu teman lelakinya menyeksa dan membunuh kejam seorang wanita. Dan roh wanita yang dibunuh itu telah mengganggunya membuatkan gadis itu tampilkan diri ke balai polis.

Pada mulanya, polis tidak percaya dengan cerita gadis itu. Namun, setelah mereka datang ke sebuah rumah di tingkat tiga perumahan kos rendah di tengah-tengah bandar Tsim Sha Tsui, pihak polis telah menemui sesuatu yang mengejutkan. Hal itu sejurus membongkar satu pembunuhan yang sudah setahun disembunyikan. Juga bukti pembunuhan, antaranya keratan tubuh badan mangsa yang disorokkan di dalam apartmen tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penemuan paling mengejutkan ialah tengkorak mangsa yang telah dijahit dalam sebuah patung duyung ‘Hello Kitty’ yang bersaiz sederhana besar.

Mangsa penyeksaan dan pembunuhan kejam tersebut adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Fan Man Yee, berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pelayan kelab malam di sekitar bandar tersebut.

Fan Man Yee, wanita malang yang disiksa kejam sampai mati.

Mengikut cerita Ah Fong, Man Yee mempunyai hubungan dengan Chan Man Lok, salah seorang penjenayah yang membunuhnya. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak tahun 1997 sebelum berpisah.

Sebelum itu, Man Yee telah mencuri sejumlah wang daripada dompet Man Lok sewaktu kali terakhir mereka bertemu. Walaupun wanita itu kemudiannya telah membayar semula wang tersebut berserta dengan bunganya, Man Lok masih tidak berpuas hati.

Pada 17 Mac 1999, Man Lok mengarahkan dua orang rakan subahatnya iaitu Leung Shing Cho, 27, dan Leung Wai Lun, 21 tahun,  untuk menculik Man Yee.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, Man Lok merancang untuk memaksa bekas kekasihnya itu melacur. Namun begitu, rancangan itu gagal kerana setelah Man Yee dipukul dan diseksa, tiada orang yang mahu datang kepada pelacur yang penuh dengan kesan cedera dan lebam pada wajah dan tubuhnya.

Akhirnya, ketiga-tiga lelaki yang sentiasa berada di bawah pengaruh dadah itu bertindak untuk menyeksa dan memukul Man Yee hampir setiap masa.

Ah Fong yang ketika itu merupakan kekasih Man Lok menjadi saksi perbuatan kejam mereka terhadap wanita itu.

Man Yee yang juga ibu kepada seorang anak lelaki terpaksa menghadapi pelbagai jenis seksaan. Dia dipaksa untuk ketawa setiap kali dirinya dipukul. Jika enggan, dia akan dibelasah lebih teruk. Bahagian dapur apartmen tersebut dijadikan gelanggang dan tempat khas untuk menyeksa wanita malang itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chan Man Lok (kiri) dan salah seorang orang suruhannya yang menyiksa kejam Man Yee hingga mati.

Setiap peralatan yang ada di dapur dijadikan senjata untuk menyeksa mangsa.  Mereka membakar straw dan plastik dan lelehannya yang panas dititiskan pada kaki Man Yee sehingga kulitnya menggelupas.

Apabila bosan membakar pula, tiga lelaki itu akan memukul mangsa dengan menggunakan kayu. Ada kalanya Man Yee dibelasah dengan batang paip dan juga besi. Kemudian, minyak cili akan dicurahkan atas luka-luka pada badannya sehingga wanita itu meraung kesakitan.

Tidak cukup dengan itu pula, mereka bertiga sering kencing pada wajah Man Yee dan memaksa wanita itu menelan urin mereka. Bahkan, mereka memaksa wanita itu untuk memakan najis.

Ketika memberi penerangan di mahkamah, Ah Fong mengaku dia tidak berniat untuk turut sama menyeksa Man Yee. Tetapi, Man Lok sering mengajak kekasihnya itu bersama tatkala mereka menyeksa Man Yee. Disebabkan itu Ah Fong juga turut serta kerana ingin tahu apa rasanya bila menyeksa orang lain.

Fan Man Yee merupakan ibu seorang anak, disiksa kejam sehingga menemui ajal.

Kadangkala, mereka akan menggunakan wayar elektrik untuk mengikat dan menggantung Man Yee sebelum wanita itu diperlakukan seperti patung dan dipukul menggunakan kayu atau besi. Apabila sudah bosan, barulah mereka berhenti dan mangsa akan dibiarkan tergantung semalaman dalam keadaan kesakitan.

Di hujung hayatnya, Man Yee sering kali dibiarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sama ada digantung ataupun terbaring di atas lantai dapur sementara si penyeksanya bermain permainan video.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas hampir sebulan menanggung derita, akhirnya Man Yee mati di lantai dapur. Ah Fong menyedari wanita itu sudah tidak lagi bernyawa dan memberitahu kematiannya kepada Man Lok.

Ah Fong menceritakan pada mahkamah bagaimana mereka berempat meninggalkan mayat Man Yee terbiar di atas lantai dapur selama beberapa hari, hanya kerana mereka buntu dan tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan mayat tersebut.

Setelah tiga hari terbiar, barulah Man Lok mengarahkan dua rakannya itu untuk mengangkat mayat Man Yee yang sudah berbau untuk diletakkan di dalam bilik mandi. Di situlah, mayat gadis itu dikerat-kerat dan disiat.

Kepalanya direbus untuk menanggalkan isi daripada tengkorak. Bahagian dalaman perut pula disimpan dalam peti sejuk. Kaki dan beberapa bahagian badan yang lain direbus dan diberi makan pada anjing liar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, tengkorak Man Yee dimasukkan ke dalam patung Hello Kitty. Patung berbentuk duyung sederhana besar itu menjadi bukti utama apabila menyimpan serpihan ‘kepala’ wanita malang itu.

Tengkorak Man Yee telah disimpan di dalam patung Hello Kitty ini.

Walaupun hampir kesemua anggota badan Ah Map telah dilupuskan, hasil siasatan polis menemui beberapa serpihan tubuh Man Yee yang bersepah di dalam pangsapuri tersebut dengan bantuan Ah Fong.

Selepas dibicarakan, ketiga-tiga lelaki itu telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menyiksa Man Yee. Orang ramai mempersoalkan hukuman tersebut kerana dianggap terlalu ringan dibandingkan dengan jenayah kejam yang telah dilakukan oleh mereka. Namun begitu, pihak penghakiman memberikan alasan bahawa ketiga-tiga lelaki itu menyeksa Man Yee tanpa sedar kerana berada di bawah pengaruh dadah. Ah Fong pula dibebaskan kerana pengakuannya yang telah membawa kepada penemuan mayat Man Yee.

Selepas pembongkaran jenayah yang kejam itu, dikatakan bangunan apartmen tersebut telah dihantui oleh roh Man Yee yang tidak tenang. Ramai individu pernah datang ke apartmen itu dan cuba untuk ‘berhubung’ dengan roh wanita itu. Ramai juga yang mendakwa pernah melihat bayangan Man Yee dan rohnya sering kelihatan berlegar di dalam rumah tersebut terutamnya di bahagian dapur, tempat di mana dia diseksa selama sebulan sebelum meninggal.

Sejak itu juga, penghuni di bangunan itu semakin lama semakin berkurangan. Ramai orang yang telah berpindah keluar. Tiada yang berani untuk menyewa atau tinggal di bangunan tersebut kerana gangguan yang sering mereka alami. Akhirnya, bangunan apartment itu diruntuhkan pada tahun 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah pembunuhan Fan Man Yee merupakan antara kes yang paling tragis dan kejam pernah dicatatkan pada tahun 1990-an.

 

Sumber: UtusanTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...