Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki patah hidung dakwa dipukul oleh anggota JMF ketika perlawanan akhir piala FA

Seorang lelaki mendakwa dirinya telah dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF) ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim.

Menurut Asisten Komisioner Rahmat Ariffin selaku Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, lelaki yang berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi Ahad berhubung kejadian tersebut.

Mangsa pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.

Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan anggota JMF yang terpaksa mengambil tindakan terhadap beberapa penonton yang hadir pada perlawanan akhir berkenaan di atas tindakan mereka.

Difahamkan, tindakan itu dibuat untuk mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan susulan provokasi yang dilakukan oleh beberapa orang penonton di dalam kawasan stadium.

 

Sumber: OhBulan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...