Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Akibat amal politik cantas, mayat ahli politik ini lewat disempurnakan

Terdetik rasa sedih di hati Said apabila mendengar khabar rakan lamanya, Manaf terlantar di rumah. Menurut orang yang menziarahinya, keadaan pemimpin yang berusia 50-an itu uzur benar. Pak Manaf sememangnya Said kenal rapat apabila mereka sama-sama aktif dalam pelbagai aktiviti masyarakat setempat. Sejak memegang jawatan ketua, mereka sering ke sana, ke mari bersama-sama.

Baru berkira-kira mahu menziarahinya, Said mendapat berita mengatakan Pak Manaf telah kembali ke rahmatullah. Said segera ke rumahnya. Ketibaan Said disambut oleh ahli keluarga yang kebanyakan sedang meratapi pemergiannya.

Agak lama berada di situ, Said mula hairan kenapa tidak ramai  penduduk kampung yang datang berziarah? Mustahil mereka tidak tahu. Sedangkan Said, dari kampung sebelah pun dapat maklumat awal.

Sepatutnya sebagai pemimpin setempat, tentu berduyun-duyun orang datang. Sebaliknya, yang kelihatan cuma saudara-mara terdekat. Orang-orang kuat Pak Manaf yang dulu intim dengannya belum nampak batang hidung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agaknya itulah resam orang politik, bisik Said. Ketika ada pangkat dan kuasa, teman keliling pinggang. Apabila semua itu hilang, kawan pun tidak kenal.

Bagaimanapun syukurlah, dengan pertolongan sekerat dua orang penduduk kampung,  terutama saudara terdekat, jenazah Pak Manaf sempurna dikafankan.

Mengikut rancangan, jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Zuhur.

Tiba-tiba suasana sedikit kelam kabut. Dari cakap-cakap ahli keluarga Pak Manaf,  rupa-rupanya kubur masih lagi belum digali kerana penggali kubur tidak  ada. Dengar khabar,  jawatankuasa masjid tidak beri pelepasan. Aneh kan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli keluarga Pak Manaf mula rasa resah. Datang seorang waris lagi mengatakan, dia sudah merayu, tetapi orang masjid tetap enggan memberikan bekerjasama. Sedih hati Said mendengarnya. Bagaimana jawatankuasa masjid boleh bertindak begitu? Ketika itu Said mula merasakan seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan  arwah Pak Manaf dibenci begitu sekali.

Jika tidak, mana mungkin mereka  sanggup bertindak sedemikian rupa. Bukankah kebanyakan mereka tahu hukum-hakam? Waris Pak Manaf berkejar ke kampung sebelah untuk minta kebenaran mengebumikan arwah di sana.

Malangnya,  tiada seorang pun jawatankuasa masjid yang dapat ditemui. Pak imam ke bandar, bilal pergi Kuala Lumpur, yang lain terlibat dengan pelbagai hal. Tiada siapa berani membuat keputusan tanpa ahli jawatankuasa.

Anggota keluarga Pak Manaf terus buntu. Malah ada yang menitiskan airmata. Hari beranjak petang, jenazah masih terlantar di ruang tamu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahu tidak mahu, waris arwah terpaksa pula menebalkan muka meminta kebenaran dari kampung ketiga. Malang sekali, jenazah tetap dihalang daripada dikebumikan di situ dengan alasan arwah tidak bermukim di kampung  tersebut. Lagi pula katanya tanah kubur sudah hampir penuh, bimbang orang kampung berkenaan pula yang tidak cukup liang. Peraturan tidak memilih bulu, biar pun Pak Manaf orang disegani.

Dengan penuh rasa kecewa, waris Pak Manaf berkejar ke kampung keempat yang agak jauh dari situ. Itulah peluang terakhir memandangkan masa semakin suntuk. Kebetulan setibanya di kampung itu, para jemaah di masjid selesai solat Asar. Tergesa-gesa waris Pak Manaf bersalaman dengan  tuan imam dan para jemaah lalu menjelaskan  hajatnya.

“Tolonglah pak imam, hari dah petang, tapi jenazah sejak pagi tadi lagi tak dapat ditanam,” cerita waris Pak Manaf  penuh simpati.

Oleh kerana simpati dan memikirkan tugas menyempurnakan jenazah adalah fardu kifayah,  imam membenarkan. Nasib baik penggali kubur masih berada di masjid. Beberapa orang ahli keluarga Pak Manaf sama-sama membantu hinggalah selesai kubur digali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika hari semakin senja barulah jenazah Pak Manaf diusung beramai-ramai ke kampung berkenaan. Walaupun jaraknya agak jauh tapi hanya tanah di situ yang sanggup  menerima jenazah arwah.

Selesai upacara pengebumian, azan Maghrib berkumandang penuh syahdu.  Semoga Allah mengampunkan segala dosa Pak Manaf dan rohnya dicucuri rahmat.

Apa yang mengharukan Said, jenazah Pak Manaf tidak dapat disemadikan di tanah perkuburan kampungnya sendiri. Anak cucu jika nak berziarah terpaksa pergi ke kuburnya yang terletak di kampung lain.

Itu bukan persoalan, kerana walau di mana sekali pun kita dikuburkan, tiada bezanya. Cuma apa yang saya fikirkan ialah kenapa jenazah Pak Manaf terseksa begitu? Sedia kita maklum, tindakan menghalang liang digali hingga menyebabkan jenazah lewat dikebumikan jelas salah daripada segi agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun apabila difikir-fikirkankan, serta cakap-cakap yang didengar, kejadian itu berpunca daripada perlakuan Pak Manaf sendiri semasa  hayatnya. Khabarnya sebagai pemimpin bepengaruh, Pak Manaf  mengidamkan jawatan yang lebih tinggi dalam politik setempat.

Didorong keinginan yang amat sangat, Pak Manaf pernah mengumpul orang-orangnya.  Satu demi satu pemimpin kecil yang dirasakan menjadi penghalang cita-citanya dicantas. Seteru politiknya jangan dikira, dicincang habis-habisan. Pak Manaf juga sanggup menyerang bertubi-tubi peribadi orang yang tidak disukainya.

Jika ada yang menasihatkannya,  mereka turut menerima padah dan nasib yang kurang baik. Setiap kali pemilihan, Pak Manaf galak menyusun jentera jahatnya untuk menguasai perwakilan. Dia mula menguar-uarkan kehebatan, kekayaan dan jasa-jasa yang dicurahkannya.

Pak Manaf tidak takut menabur wang, asalkan hajatnya tercapai. Juak-juaknya berada di mana-mana dan mereka ini akan melaporkan setiap perkembangan dari masa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau didengar ada yang berura-ura mahu menentangnya,  malanglah nasib orang itu tidak baik-baik sahaja selepas itu.

Cara yang dilakukan itu memang berhasil. Pak Manaf dapat menjadi pemimpin yang lebih besar, tetapi hati penduduk kampung banyak yang berdarah oleh kerana sikapnya. Pak Manaf nampak hebat. Dia mendapat sanjungan di mana-mana, tetapi di mata penduduk kampung dia langsung tidak dihiraukan.

Mereka yang berasa teraniaya kerana perbuatannya, memendam rasa.  Pak Manaf terlantar pun tiada orang kampung yang peduli, sehingga dia  meninggal, jenazahnya dipulaukan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: UtusanTV (Diceritakan oleh Mohd. Said Dhal)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...