Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lagenda Pulau Supirak

Kedengaran agak pelik, Pulau Supirak adalah sebuah kapal yang dipercayai pernah disumpah menjadi sebuah pulau pada suatu ketika dahulu.

Pulau merupakan sebuah daratan di laut yang dikelilingi air. Sesetengah pulau mungkin sudah berpenghuni dan ada juga yang masih belum dihuni atau belum diterokai oleh mana-mana pihak luar.

Kadangkala, sesebuah tempat mempunyai kisah atau mitos di sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan kisah-kisah dahulu kala yang pernah terjadi dalam lipatan sejarah rakyat.

Sama juga seperti kisah di sebalik Pulau Supirak dalam artikel ini yang dikatakan sebuah pulau yang berasal daripada kapal. Lebih menarik, kisahnya turut berkait dengan elemen sumpahan seorang ibu terhadap anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pulau ini sememangnya sangat unik dan menarik kerana mempunyai rupa bentuk yang seakan sama seperti sebuah kapal laut. Pulau Supirak dipercayai pernah menjadi kapal suatu ketika dahulu sebelum disumpah menjadi batu. Pulau lagenda ini terletak di Pitas, Sabah, Malaysia.

Pulau ini bukanlah sebuah pulau yang mempunyai persisir pantai seperti pulau-pulau lain.

Menurut cerita, seorang anak lelaki yang bernama Si Ragam ingin bekerja di sebuah kapal untuk mencari rezeki dan dia telah meninggalkan ibunya, Supirak. Dia berjanji akan pulang semula setelah mendapat rezeki yang lebih.

Selepas beberapa tahun, akhirnya Si Ragam telah menjadi nakhoda kapal dan pulang dengan kekayaan. Si Ragam berubah apabila berkahwin dengan puteri Pulau Intan yang bernama Dayang Dundunai. Supirak datang ke majlis anaknya dan berasa gembira atas kepulangan anaknya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malangnya, selepas melihat ibunya berpakaian lusuh, Si Ragam malu untuk mengakui bahawa itu ibunya dan menghalaunya. Supirak kecewa akan perubahan Si Ragam. Orang kampung yang berada di situ berpesta malah turut mengejek Supirak.

Disebabkan itu, Supirak telah mengutuk anaknya yang mengakibatkan anaknya dan kapalnya serta penduduk kampung menjadi batu termasuk Supirak.

Disebalik kisah tragis ini, pulau itu memberikan keindahan pemandangan panorama yang indah dan akan membuatkan pelancong terpersona.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Siakap Keli, Tiktok

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...